Setiap kejadian dijadikan cerita, Dan setiap cerita dijadikan kenangan, Kenangan yang harus diingati, Hidup ini indah jika dihargai By ~ iishasyahira_ey
Kasih Terpaut Didahan Rapuh
Aku dari 'First Time' aku tengok muka si Amin tu aku dah naik meluat lah sejak dia pindah kat kampung nie.. Tahu lah dia 'handsome' tapi perlu ke semua anak gadis nak kena minat kat dia macam lah takde mamat yang lagi handsome kat kampung aku nie... eeewwww!! Lantak diorang lah! Kenapa aku nak kesah.. Lagipun aku kan tak suka kawan ngn laki -MIMI DAHLIA
Aku dari 'First Time' aku bertegur sapa dengan makcik Leha jiran sebelah rumah aku nie, hati aku dah terpaut dengan anak dia Mimi, dan ingin mengenali dengan lebih rapat lagi... Dah lah cantik, bergaya tak macam budak kampung pun.. Sombong pulak tu!! Aku lagi suka perempuan yang sombong daripada perempuan 'gedik' yang dok tersengih-sengih macam 'kerang busuk' bila tengok lelaki.. Lagipun Mimi suka duduk kat bawah pohon usang kat tepi bilik aku ni, hari-hari aku tengok dia duduk kat situ.. Apa yang dia buat pun aku tak tahu -MOHD AMIN
Amin merupakan anak seorang kontraktor yang berpindah ke sebuah kampung dan tinggal di rumah peninggalan arwah neneknya... Amin tidak pernah pulang ke kampung neneknya setelah nenek Amin meninggal ketika dia masih kecil lagi... Setelah ayah Amin mengambil keputusan untuk pindah ke rumah peninggalan arwah emaknya,,, Amin berhasrat untuk memulakan hidup baru dikampung sehiggalah dia berkenalan dengan anak jirannya MIMI DAHLIA. Mimi pula suka berkhayal dan suka melepak di bawah sebuah pohon usang di sebelah rumah Amin.. Mimi tidak suka dengan kehadiran keluarga Amin..
Amin!! Dah sebulan kita duduk kat sini. Tadi ayah kamu cakap nak gotong royong kemas rumah. Dia nak repair mana yang rosak. Nanti ayah kamu tu nak tebang semua pokok-pokok kat kawasan rumah kita nie, biar lengang sikit katanya, Makcik Leha kat sebelah rumah kita nie akan tolong kita nanti -EMAK AMIN
Dah lah tak kenal siapa,, datang entah daripada mana, tiba-tiba datang sini nak tebang pohon kesayangan aku tu.. Aku tahu lah pohon tu bukan aku yang punya,, pohon tu dalam kawasan rumah dia,, tapi dari aku kecil lagi aku suka duduk kat situ, main kat bawah pohon tu, daripada pohon tu kecil sampai sekarang dah 'tua bangka' aku duduk kat situ... Sekarang bila penghuni-penghuni rumah tu dah balik senang- senang jea ayah dia nak tebang pohon tu.... Bencinya!!! -MIMI DAHLIA
Pada suatu hari, setelah pulang dari solat jumaat, Amin melihat Mimi menangis di bawah pohon tersebut . Kenapa menangis Mimi?
Awak siapa nak ambik tahu hal saya? Saya tak kenal awak,, jadi jangan nak 'busy body' sangat. -MIMI DAHLIA
Memang saya tak kenal awak...Tapi awak jiran saya, Family saya nak tinggal kat sini sampai bila-bila tau.. Jadi kalau boleh saya nak kenal awak dengan lebih dekat.. Maybe kita boleh jadi kawan. -MOHD AMIN
Dua hari kemudian, keluarga Amin gotong-royong bersihkan kawasan rumah dan turut dibantu oleh Makcik Leha.. Akan tetapi pada hari tersebut Amin tidak melihat akan kelibat Mimi Dahlia.. Mana Mimi pergi makcik?? ~ujar Amin
Mimi ada kat rumah tu haa! Makcik dah ajak dia datang sini tadi,, katanya tak larat- MAKCIK LEHA
Pada hari tersebut, ayah Amin telah menebang semua pohon-pohon di kawasan rumahnya kecuali pohon usang kesayangan Mimi Dahlia.
Ayah!! Kenapa ayah tak tebang pohon yang dah tua tuu~ujar Amin
Biar jela Amin pohon tu kat situ,, Kalau kita tebang semua nanti panas juga rumah kita nie.. Nanti petang-petang boleh ajak mak kamu tu melepak kat situ. Ayah buatkan meja buluh.. Nanti boleh suruh mak kamu tu buat cekodok pisang, lepat pisang, kita boleh santai makan-makan petang kat bawah pohon tuu.. Lagipun ayah tak sampai hati lah.. Hmmm!! -AYAH AMIN
Kenapa ayah? ada yang tak kena ke ayah? -Amin
Tadi ayah hampir-hampir nak tebang pohon tu.. Tapi bila ayah tengok ada ukiran kat pohon tu "MIMI SAYANG AYAH" .. Ayah jadi tak sampai hati pulak kat si Mimi tu.. yelahhh! ayah pun bukannya tua sangat, bukannya ayah tak punya mata, tak nampak yang Mimi tu suka duduk kat bawah pohon tuu.. Setahu ayah, dari Mimi tu kecik lagi dia suka main kat pohon tu dengan ayah dia, sampai lah ayah dia meninggal dunia masa dia umur 12 tahun.. Kesian kan! Ayah Mimi tu kawan sekolah ayah dulu tau. -AYAH AMIN
Keesokan harinya bila Mimi keluar dari rumah dia merasa hairan kenapa pohon usang tersebut masih 'berdiri' kat situ... Eaahh! kata nak tebang pohon tu! Pelik!
Heiiii ! Mimi datang lah sini.. Makcik ada buatkan cekodok nie, kita makan sama-sama kat bawah pohon tu.. Mimi tak menolak pelawaan Emak Amin lalu berjalan menuju ke arah pohon tersebut. Lalu mendongakkan kepalanya melihat ke atas pohon tersebut. Mimi kelihatan pelik..
Kenapa nie Mimi? Kamu tengok apa kat atas tu? ~Ujar emak Amin
Makcik bukannya semalam ayah Amin tu nak tebang pohon ni.. Kenapa tak jadi tebang ke?
Owhhhh!! Ayah Amin cakap tak jadi tebang sebab kamu kan suka duduk kat sini.. Alahhh!! Ayah Amin tu dah kenal sangat kamu tu Mimi.. Mungkin kamu jea tak ingin kat kami nie.. Maklum lah kami nie jarang balik sini.. Itupun dulu kamu kecik-kecik lagi, mungkin kamu dah tak ingat kot
. -Emak Amin
Sejak Hari itu, Mimi mula rapat dengan Amin dan mereka mula berkawan.. Pada awalnya Mimi tak suka berkawan dengan lelaki. Tapi setelah dia mengenali dengan lebih rapat, Mimi tahu keluarga Amin 'baik hati' dan prihatin akan dirinya. Tambahan! Ayah Amin merupakan rakan sekolah ayahnya.. Hubungan mereka makin akrab sehinggalah mereka meningkat dewasa.. Dan akhirnya Amin ingin melamar Mimi untuk dijadikan isterinya di bawah pohon tersebut.
Mimi saya panjat pohon nie demi awak tau!! Saya tahu dahan nie dah rapuh.. Tapi kalau saya jatuh itu bukti cinta saya pada awak tau.. Saya nak tahu antara saya dan pohon nie mana awak lagi sayang. -MOHD AMIN
Amin memanjat pokok tersebut dan tiba-tiba... prakkk!! prakk!! dahan yang dipijak amin patah lalu tersungkur jatuh ke bumi. Amin yang pura-pura tak sakit lantas bangun berdiri dan berkata "Kan saya dah kata pokok nie dah tua, kesian dia Mimi.. Nanti kalau kita kawen kita tebang pokok nie okay! Kita gantikan dengan pokok baru.. Kita tanam lah pokok manggis ke rambutan ke mangga ke nanti kalau dah besar dah ada hasil, anak-anak kita boleh kutip dan kita pun boleh merasa hasilnya. Kalau awak setuju nak kawen ngn saya 'say yessss pleaseee!!!!!
Of course yesss!!! -MIMI DAHLIA
(True story)
~TISEYY
Langgan:
Catatan (Atom)