Berangan

Penat gaiss sungguh penat.. Aduhhh!! Kenapa nak mengeluh pulak nie.. Penat lah nak pikir itu ini,, ini itu.. Otak nie dah berjalan 24 jam.. Bukan apa otak nie perlu berehat seketika dari memikirkan masalah,, banyak yang bermain di minda (macam banyak sangat masalah)

Sebenarnya takde masalah yang serius pun,,, otak nie sedang memikirkan masalah nak pegi bercuti kat mana sebenarnya ni.. Wahhh!! Macam syiokk je kan.. Macam menarik jea! Macam indah jea..! Sunguh indah! Berangan jeaaa! Bukannnya ada masa pun nak pergi holiday bagai.. Sebab takde masa lah kita berangan dulu.. Mana lah tahu angan-angan menjadi kenyataan..  Indahnya kalau dapat ke sebuah pulau terpencil tanpa adanya orang. (itulah namanya berangan), bukan buah berangan yang orang masak dalam kuali tuaa bukan yea dik. Tapi kat mana eaa Pulau macam tu? Ada ke ? Sape tahu Pulau mana yang takde orang...Kalau pulau-pulau lain saya tahu lah... Pulau Tioman, Pulau Jerejak, Pulau Perhentian, Pulau Indah, Balik Pulau.. Pulau Bora-bora yang Hanis Zalikha pergi tu.. hehehee

Pulau ni salah satu tempat untuk release tension.. Bagi saya pulau tu salah satu tempat yang indah... Elok sangat lah kalau nak gi bercuti kat pulau,, gi release tension, nak relax, nak santai...Lain orang lain citarasa..Kalau saya, saya suka gi kat pulau.. Kalau orang lain saya tak tau diorg suka gi mana.. Tak ambik kesah pun sebenarnya diorg nak g mana.. Adududu! *Gurau jaa.. Majoriti orang suka gi pulau.. Betul sebab aritu dah undi dengan kawan2, gulung-gulung kertas pastu cabut undi. Ramai yang dapat "pulau".. (Sebenarnya isha tipu diorang semua kertas isha tulis pulau) dan diorang tertipu akhirnya..hahaha *just kidding. jangan marah.. Sebenarnya semalam saya terlihat kiriman dari seorang rakan di twitter... Dia tweet pasal sebuah pulau cantik kat Johor.. Serius cantik pulau tu..! Tak tau pulak kat johor ada pulau yang cantik macam tu.. Nama pulau tu tak pasti tapi yang pasti saya teringan sangat ke sana.. Jom gaiisss! Tak dapat pergi takpe kita berangan jea dulu... HAHAHAHA.. Kat bawah nie salah satu gambar pulau yang cantik. .hmmm jom berangan!




I wish I were here...

















~TISEYY~





Chill babe


Bagi orang yang bekerja, waktu cuti tu adalah sangat... sangat bermakna.. !
Of course lah kan.. Sape yang taknak cuti kan. Bukannya senang nak dapat cuti.. Cuti diluluskan tapi boss kata kalau cuti nanti raya tak boleh cuti dah.. Omaigaddd!! Macam mana nie!
Raya lah orang nak cuti nak balik kampung...Apa lah bos nie takde perasaan langsung. Hmmmm!! Tapi takpe kuatkan hati.. Alarhh!! Ramai jea yang keja tak balik kampung raya.. Yang tak balik langsung pun ada.. Chill babe!! Jangan nangesss, nangesss okay!

Biasalah kerja ni kena dengar kata boss itu pun dah kira okay dia bagi cuti sehari kalau dia bagi setengah hari macam mana,, Adududududu.... Nangess tak berlagu lah jawabnya!! Tiba-tiba rasa pedih ulu hati..! Gunalah gaviscon!  tapi syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi tu... Ada rezeki nanti dapat yang lebih baik siapa tahu.. Tapi orang kata nak berjaya kena bermula dari bawah.. Bukan orang jea yang kata mak saya pun kata macam tu.. Ibarat sperti kaki melangkah nak naik tangga mesti melalui 1 demi 1 anak tangga... Takde pun orang naik tangga langkah 6,,, 5 anak tangga melainkan bila nak turun tangga.. Orang langkah sampai 9,,, 10 anak tangga itu perkara biasa .. tak paham eah? ini kita belajar math lah dik. Maksudnya Dalam hidup nie nak jatuh senang jea.. boleh langkah sebanyak mana yang kita nak... Ada orang dia terjun taw turun tangga.. Ramai kan yang buat macam tu! Eah apa punya perangai lah main terjun-terjun macam tu...Tapi tu masa kecik-kecik dulu lah kan sebab masa tu tak bole pikir lagi baik buruk... Sekarang nie dah besar tak buat dah macam tu dah boleh pikir kalau terjun nanti jatuh, 'sakit' .. Sakit yang datang sia-sia, mana lah tahu masa nak terjun tu tergolek patah kaki.. aduhhh!!! Sakit kan.. So,, jangan buat macam tu okay...

Nak berjaya berusahalah!! Berusahalah untuk mencapai yang lebih baik... InshaAllah!! Soon!

Hmmm ini nak cerita pasal cuti ke pasal kerja ke pasal boss ke pasal tangga ke pasal apa nie..

Apa -apa pun boleyyyyyyy!!!
Merepek jea lebih. byeee







~TISEYY~





Jiran sebelah pintu

Cerpen pendek - JIRAN SEBELAH PINTU

Hanya kerana sakit hati dengan tindakan jirannya yang mengetuk paku di dinding sehingga menganggu ketenteraman tidur Nur Rya, gadis berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengurus acara.. Bagi Rya masa tidurnya adalah sangat bermakna dan tidak boleh di ganggu sama sekali, kerana dia merupakan seorang yang sangat sibuk bekerja  dan jarang sekali dapat pulang berehat di rumahnya sendiri..

"Orang sebelah ni tak paham bahasa ke orang nak tidur" bising, bising. -NUR RYA

'Tokkk!!!! Tokkkkk!!!! Tokkkk!!
Tokkk!!! Tokkk!!! Tokkk!!!!

Bunyi ketukan dinding jirannya yang kuat sehingga kedengaran di biliknya telah menyebabkan kemarahan Rya lantas kakinya laju melulu ke arah rumah jirannya

Assalamualaikum! 'Keluar seorang lelaki,, disapa lagi dengan seorang lelaki yang lain.. "Waalaikumsalam!" Ada apa?? Boleh kami bantu..?

Rya terpegun melihat kekacakkan jirannya itu, Rya sama sekali tidak tahu bahawa jirannya merupakan lelaki-lelaki bujang lantas hatinya berkata "Handsome nya" Kenapa aku tak pernah nampak diorang nie .. Tapi hatinya yang 'degil' dan lebih mementingkan sikap amarahnya yang lebih tinggi lalu berkata "Encik!! Maaf ye saya nie nak tidur boleh tak encik ketuk paku tu lain kali.. Nak memaku ke nak mengetuk ke lain kali..  Bagi saya tidur dengan tenang. ~bicara Rya dengan nada riak

Lelaki tersebut memandang Nur Rya dengan pelik lalu berkata "Woiiiii!!! Rumah aku, aku punya pasal lah,, aku nak ketuk paku ke nak mengerudi ke.. Lagipun aku ketuk paku jer pun bukannya pecahkan dinding, kalau aku pecahkan dinding mau blok sebelah pun dengar. ~ teriak salah seorang dari lelaki tersebut dengan nada marah

Teriakan lelaki itu telah menyebabkan kemarahan Rya dan dia merasakan dirinya begitu tercabar lalu dilemparkannya dengan kata-kata kesat dan akhirnya pergaduhan berlaku antara mereka.

"Kau ingat kau lelaki aku takut ,, oiii... ~NUR RYA

Astaghfirullah! Sabar cik sabar! Apakata cik bertenang dulu dan maafkan kawan saya tuu.. Dia tak sengaja pun.. Lagipun orang sedang emosi memang macam tu.. Nahh!! "this is my card" kalau ada apa-apa, tak puas hati ke apa nanti 'call' saya kita bincang elok-elok kat luar, kedai mamak ke, nak ajak bincang kat dalam nie tak boleh sebab semua lelaki... Nanti tak manis orang pandang,! Nanti orang salah paham pulak! okay cik balik dulu.

Rya merasa malu dengan lelaki tersebut kerana dia lebih bersikap sopan santun dan bicaranya yang agak lemah lembut berbanding kawannya yang lain telah sedikit melembutkan hati Rya,, lantas dengan perasaan yang agak malu dia terus mengambil kad tersebut dan terus masuk ke dalam rumahnya. Rya yang tinggal sendirian di pangsapuri tersebut tidak kenal dengan jirannya itu malah dia yang tidak pernah ambil peduli tentang jiran tetangganya.

Nasib baik ada mamat tu kalau tak,, Haiishhh!! tak tahu lah apa jadi.. Silap-silap aku bertumbuk dengan laki tu.. Adoii.!! Sabaar Rya sabarrr! Aku tengah marah nie, ingat pesan mamat tuu.. Hmmm!! Nasib baik ada dia jea kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Ada peluang nie nak 'tackle' dia.. Tak kesah lah mana-mana aku dapat, dengan umur aku sekarang nie. Kenal-kenal nanti mana tahu jodoh. Dah takde mood aku nak tidur -NUR RYA

Pada suatu malam, setelah penat pulang dari kerja, kedengaran bunyi bising dari rumah jirannya itu.. Golllllll!! Golllll!!

Adoiiii!! Tengok bola pulak diorang nie.. Aku nak tidur nie, time nie lah nak bising, memekak.. Susah lah berjiran dengan orang-orang bujang nie.. Orang lain pun berjiran ngn orang bujang jugak! lagi ramai adalah, tapi takdelah bising macam diorang nie.. Tak beradab langsung lah! Tak hormat kat jiran-jiran.

Pada keesokan harinya, Rya telah menelefon jirannya itu dan mengajak dia berjumpa dengan alasan ada sesuatu yang ingin dibincang dan mereka telah berjumpa de sebuah restoran.

Yeaa! cikk.. ada masalah lagi ke dengan kawan-kawan saya tuu..

Tak, sebenarnya saya nak minta maaf kat awak pasal haritu, saya sedar saya terlalu kurang ajar dengan kawan awak tu.. saya pun tak sengaja sebenarnya.. Lagipun haritu saya terlalu penat, saya harap awak maafkan saya yeaa! Lagi satu tak perlu lah nak panggil saya 'cik-cik sangat panggil jea saya  Rya.

Sebenarnya saya tak perlu nak maafkan awak kot sebab awak takde salah apa-apa kat saya, lagipun yang pasal haritu awak bertekak dengan kawan saya bukannya saya, saya hanya pertahankan mana yang saya rasa betul, atau yang salah kita perbetulkan. Lagipun benda kecik jea pun taknak lah kecoh-kecoh. Saya kenal sangat kawan saya tu macam mana dia memang macam tuu, tapi dia tak simpan dalam hati. So, awak jangan risau dan tak perlu lah nak mntak maaf lagi.. Anggap lah macam takde apa-apa berlaku.. owhh! yeaa sebelum tu saya perkenalkan diri nama saya.........

Amirul kan?? 

Eahh!! Mana tahu nie? ~AMIRUL

Encik Amirul awak lupa ke yang awak bagi "business card' kat saya haritu... Owhh!! awk kerja sebagai 'designer'  wowwww hebat.. ~NUR RYA

Semakin lama mereka berkenalan semakin mereka akrab dan rapat sehinggalah perkenalan terjalin antara mereka dan pada suatu hari Amirul telah mengajak Nur Rya untuk keluar 'lunch' bersama..

Heiiii Mat!!! Kau buat apa kat sini? Keluar tak ajak aku pun.. Owhh! yeaaa Rya saya kenalkan ini sepupu saya Mat. -AMIRUL

Rya terkejut!! Alamakkkk!! Mat nie bekas teman lelaki aku dulu.. Macam mana aku tak pernah tahu kalau si Mirul nie sepupu kepada si Mat nie. Adoiiii!! gila betul.

Mat juga terkejut dengan kehadiran Nur Rya.. Tapi bagi Mat Rya bukanlah siapa-siapa lagi dalam hidupnya kerana perasaan cintanya pada Nur Rya telah lenyap.

Aku hairan macam mana si Mirul yang baik hati tuu boleh terpikat dengan Rya yang 'bodoh sombong tuu... Ada lelaki yang nak kat dia tuu.. Hmm,, memang lah kau cantik Rya, tapi kalau setakat cantik tapi pemarah, sombong, bongkak, kalau orang cakap asyik nak menang dia jeaa.. Haiishh!! Pelik aku! Kesian kat kau Mirul, nasib kau lah  -MAT

Kehadiran Amirul dalam hidup Rya sedikit sebanyak telah merubah hidup Rya. Aku beruntung dapat Amirul dalam hidup aku.. Aku sedar dulu aku nie sombong dan keras kepala, sebab tu lah Mat tu tinggalkan aku sebab dia tak boleh terima kekurangan aku.. Tapi sekarang bila dengan Amirul.. Aku kalah dengan dia!! yelahh!! sebab dia baik dengan aku, dia lembut dan memahami aku. Kalau aku buat salah dia bagi nasihat, dia tegur salah aku.. Bukannya marah dan terus 'blaaaah' macam si Mat tuuu, yang penting aku bahagia dengan kekasihku bernama Amirul - NUR RYA










Semoga berbahagia Nur Rya..

~TISEYY~






ANAK

Anak itu kan anugerah dari Allah.. Seorang anak itu lahir ibarat sehelai 'kain putih' dan kita lah yang mencorakkan nya.. Kita? eahhh, Saya belum kahwin lagi. Dan mungkin belum mengerti tentang alam kekeluargaan... Tapi,,,, sebagai seorang manusia atau seorang anak, saya amat memgetahui dan menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh kedua orang tua iaitu abah dan bonda tercinta... Masih ingat jasa dan pergorbanan mereka untuk membesarkan saya. Terima kasih abah, bonda.

Disini saya ingin menceritakan satu kisah dimana seorang budak kecil yang belum mencecah usia 5 tahun telah didera oleh kedua ibu dan bapanya... Hampir setiap hari dengar rintihan dan tangisan anak kecil tersebut, dipukul dengan alasan yang tak munasabah. Eahhh memang tak logik lah! Bukannya tak dengar, hari-hari duk memekak, serius tak tipu, isha tak bohong! huhu.. Adakah mereka ini punya sifat peri kemanusiaan terhadap anak sendiri, dimana sifat keibubapaan mereka? dan apakah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak?  Ini dah macam karangan masa form5 dulu, tajuk dia "Tanggungjawab ibu bapa pada anak-anak"..

Adakah saya ni terlalu 'jaga tepi kain orang lain'?

Saya bukanlah jenis yang suka 'busy body' hal orang... Tak suka pun sebenarnya. Mungkin kita tak perlu amik kisah tentang orang lain.. Mungkin! Hidup mereka, Biarlah kan! Sapelah kita nie nak ambik peduli tentang mereka.. kan??? Perlu ke masuk campur dalam urusan orang lain..? Tak perlu kotttttt...Tapi kesian kott.. Sungguh kesian kat budak tuu yang tak tahu apa-apa.. Yessss sungguh kesian.. because i love Kids.... Eah sedih lah, kalau dah hari-hari kena pukul...Ini betul tauu bukan main-main bukan "cobaan" macam dalam cite bujang lapok tuuu, bukannnnn!!

Orang kata tak salah mendidik dengan cara yang betul atau memukul dengan tujuan untuk mendidik, memamg tak salah pun.. wahhh!! Tiba-tiba jadik cikgu pulak... Pandai sangat ke nak mengajar dan bagi nasihat kat orang lain.. Eahh! apa pulak betul lah. Kalau saya jadi cikgu, saya akan tunjukkan contoh yang terbaik untuk anak-anak macam ni.. Budak-budak selalunya akan ingat pesan cikgu.. Saya ada ramai anak buah (anak sedara) dan selalunya bila mereka balik dari sekolah, mereka akan cakap 'Arini cikgu kata, arini cikgu pesan blablabla...haaa!! nampak tuu kan budak-budak nie ingat pesan cikgu. Itu menunjukkan kalau kalau budak-budak kecil nie mudah ingat apa yang cikgu dia pesan...Pepatah ada mengatakan 'MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA'...Macam mana kita nak membentuk seorang anak untuk menjadi orang berjaya dan berguna sedangkan dari awal lagi kita dah tunjukkan contoh yang tak baik pada mereka... Tugas seorang ibu adalah menjaga dan tugas seorang ayah adalah mendidik anak- anak mereka... Kalau kita ajar dengan cara betul, InshaAllah mereka akan ingat... Doa yang terbaik adalah doa dari Kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, dan doa anak-anak untuk kedua ibu bapa mereka..Walaupun tak nampak, tapi saya pasti abah dan bonda pasti mendoakan yang terbaik untuk saya.

Tiba-tiba teringat kat mak ayah pulak.. Alahaiii sedih! Pantang sebut mak ayah.
Lepas ni tak sebut dah. Kalau tak sebut nanti rindu pulak














~TISEYY~




Sahabatku


Sahabat untuk selamanya
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanyaa,, selama-lamanya
Setiaaaa...

Itu lagu sahabat lah..
Nak cite pasal sahabat kena nyanyi dulu
Amik feel!

Dulu isha ada seorang sahabat, yang selalu ada disisi, yang menghulurkan tangan disaat terjatuh, yang meminjam kan bahu saat bersedih, yang memberi sokongan dan dorongan.. Kami sentiasa bersama tak kira kemana kami pergi... Kami sering berkongsi masalah, berkongsi makan, berkongsi bantal.. Dan kalau boleh semua benda nak dikongsi bersama..Dialah kawan, dialah sahabat, dialah kekasih..Betul tak awak..?  Awakkkk, awakk dengar tak??? Kami kawan dari form3 lagi taw.. Kami ex student Smk Pauh jaya, penang..kawan ceq oghang penang nak bgtau ampa semua. Tapi ceqq bukan asal penang pnya ceqq oghang pantai timur.

Hmmm, mula lah dok ingat kawan-kawan kat sana, sekolah sana, cikgu-cikgu kat sana. Pagi-pagi gi sekolah nyanyi lagu pulau mutiara.

Pada 2009, Waktu telah memisahkan kan kami dan jarak yang jauh telah memutuskan hubungan antara kami, tanpa berhubung, tanpa msg, rasa macam kat zaman jepun pulak, lebih kurang zaman jepun lah kot.. hehe.. Tak msg bukan sbb takde handphone ke apa.. Ada aiihhhh!!! Orang putih kata lost contact! Nombor handphone takdak.. hilang! Alasan jea tu kan.! Bukannya nak ikhtiar nak cari jalan nak berhubung, doa "YaAllah YaTuhanku temukanlah aku dengan kawan aku".. Haa! macam tuu.. Adakah itu dinamakan seorang sahabat? Yang melupakan temannya disaat dia pergi...Tak lupa aihhh!! Tak pernah lupa pun sebenarnya.. Sehinggalah takdir mempertemukan kami kembali! Itulah jodoh namanya, hehee. Walaupun jauh, walaupun jarang jumpa, semua dah busy kan, dah keja, .. tapi kami sentiasa contact sampai ke lani..hahh!! Mula ceqq nak cakap penang. Awak lah yang selalu jaga saya, tunjukkan contoh yang baik.. Kalau awak datang umah saya, awak selalu kejutkan saya bangun subuh.. "Ku bangan, ku bangun dah subuh".. Kalau takdak dia tak bangun sampai ke sudah, setan duk menghasut. *Banyak alasan isha nie.. Kami berkawan tak macam orang lain yang selalu datang dan pergi, silih berganti, yang datang waktu senang yang pergi waktu susah.. Kami berkawan susah senang dikongsi bersama...Itulah seorang sahabat sejati.... Banyak kenangan antara saya dan awak.. Awak jangan lupa saya taw anak pakcik mamat!! Nanti jangan lupa bawak saya pi makan pasemboqq naa.. Haaa! Kat bawah tu gambar kekasih hati saya.. Dia nie orang penang .. Kami jumpa masa sekolah kat penang dulu lah.. Cantik kan! Sejuk mata memandang... Yang acah-acah tutup muka tuu tak payah kenai takpa.. Sekian!


Sahabat saya Nur Izzati











~TISEYY~





First time ke USIM Nilai

Haritu isha ada pergi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kat Nilai.. Pergi sana sebab nak tolong kawan buat ID staf kat sana... Isha pergi pun sbb ingat kawan jaa pdhal kawan tak pernah ingat pun kat isha.. hmmm *Tipu jea..lalala.. Kawan isha tuu dia keja kat USIM PAndan Indah.. Tapi bila nak buat or renew ID staf tuu kena pegi kat HQ dia kat Nilai.. Biasalah, bila kawan mntak tolong kita kena lah menolong.. Tolong menolong tu kan amalan mulia!

Staf dekat sana kira baik lah takde yang menyombong atau bongkak semuanya baik-baik belaka.. So, isha bagi 5 bintang kat diorang...hahaha... Bukan apa selalunya ada jgak bila kita pergi ke sesuatu tempat untuk tujuan tertentu tiba-tiba dilayan dengan teruk apatah lagi bila tempat yang kita tuju tu jauh.. Apakah perasaan anda time tuuu..? Sedih kan!! *Sedih lah sangat..Nak marah ada lah.

Kat USIM Nilai nie lain kira mereka nie antara yang terbaik kerana kami dilayan dengan baik walaupun kami telah sesat kat dalam USIM tu sebab dia punya tempat makkkk aiiiii,,, punyalah beso sampai nak cari Jabatan Keselamatan pun tak jumpa... Padahal dia punya tempat tu depan sekali tapi sebab first time menjejakkan kaki... Terpaksalah makan 'langsat' terlebih dahulu.. huhuhu.

Kalau anda ada tujuan macam kami nak pergi kat Jabatan Keselamatan tu jangan terkejut pulak kalau jumpa pakcik-pakcik yang misai diorg yang kalau tengok dari jauh pun dah takut..Bukan rimau yea dikk. Jangan tertukar dengan rimau sudah lah. haha.. Bukan takut apa, takut nak buat salah... Salah buat nanti masuk lokap... haaa!! Tgok muka tu memang garang gila lah tapi diorg semua baik hati, dalam hati ada taman bebbb. Diorang senyum! Peramah! Tak sempat kita tanya lagi diorang dah tanya dulu.. Yea dik nak buat apa? Student ID hilang ke?? (Macam tau2 jea pakcik nie).. Wahhh kembali ke zaman remaja, time study dulu-dulu.. Rindu pulak nak study balik

Dah siap tunggu apa lagi balik lah ... Dahla penat tunggu lama-lama... Sebelum balik sempat singgah kat Nilai, bukan nak beli kain ke apa tapi sebab mira nak amik gambar, nak selfie katanya.. Tengok sape yang lebih-lebih amik gambar.. Ini bukan nak menunjuk-nunjuk ka apa. Ini kenangan! Mira kalau baca nie jangan lupa lah penat lelah aku menolongmu wahai Mira. Jangan dilupakan aku! Kau lupa aku ibarat kacang lupakan kulit. (pepatah takde kena mengena pun). ahahaha!

.







~TISEYY






Kata itu berbisa

Tersenyumlah saat hati terluka
walau terguris hanya kerana kata-kata
Kerana kata itu kadang berbisa
dan mampu merubah apa saja
Ingatlah wahai manusia!
Jaga tingkah laku kita
Jangan suka menjaja cerita
Sedangkan belum tentu ia sahih dan nyata
Kelak berdosa badan binasa
Namun sampai bila
Kita harus berpura-pura saja
Tersenyum walau kecewa
Ketawa walau berduka
Disaat hati tidak mampu membuat apa-apa
dan hanya mampu berdiam saja
Kenapa harus berdusta
Kenapa perlu menyiksa jiwa
Lupakanlah apa saja
Kerana semua mainan dunia
Hidup hanya sementara
Sedangkan kita semua sama
kita hanya insan biasa
Tak lekang dari melakukan dosa
Percayalah bahawa ada hikmahnya
Serahkan saja pada yang Maha Kuasa
Inshaallah semuanya baik-baik saja





~TISEYY~