Anak itu kan anugerah dari Allah.. Seorang anak itu lahir ibarat sehelai 'kain putih' dan kita lah yang mencorakkan nya.. Kita? eahhh, Saya belum kahwin lagi. Dan mungkin belum mengerti tentang alam kekeluargaan... Tapi,,,, sebagai seorang manusia atau seorang anak, saya amat memgetahui dan menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh kedua orang tua iaitu abah dan bonda tercinta... Masih ingat jasa dan pergorbanan mereka untuk membesarkan saya. Terima kasih abah, bonda.
Disini saya ingin menceritakan satu kisah dimana seorang budak kecil yang belum mencecah usia 5 tahun telah didera oleh kedua ibu dan bapanya... Hampir setiap hari dengar rintihan dan tangisan anak kecil tersebut, dipukul dengan alasan yang tak munasabah. Eahhh memang tak logik lah! Bukannya tak dengar, hari-hari duk memekak, serius tak tipu, isha tak bohong! huhu.. Adakah mereka ini punya sifat peri kemanusiaan terhadap anak sendiri, dimana sifat keibubapaan mereka? dan apakah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak? Ini dah macam karangan masa form5 dulu, tajuk dia "Tanggungjawab ibu bapa pada anak-anak"..
Adakah saya ni terlalu 'jaga tepi kain orang lain'?
Saya bukanlah jenis yang suka 'busy body' hal orang... Tak suka pun sebenarnya. Mungkin kita tak perlu amik kisah tentang orang lain.. Mungkin! Hidup mereka, Biarlah kan! Sapelah kita nie nak ambik peduli tentang mereka.. kan??? Perlu ke masuk campur dalam urusan orang lain..? Tak perlu kotttttt...Tapi kesian kott.. Sungguh kesian kat budak tuu yang tak tahu apa-apa.. Yessss sungguh kesian.. because i love Kids.... Eah sedih lah, kalau dah hari-hari kena pukul...Ini betul tauu bukan main-main bukan "cobaan" macam dalam cite bujang lapok tuuu, bukannnnn!!
Orang kata tak salah mendidik dengan cara yang betul atau memukul dengan tujuan untuk mendidik, memamg tak salah pun.. wahhh!! Tiba-tiba jadik cikgu pulak... Pandai sangat ke nak mengajar dan bagi nasihat kat orang lain.. Eahh! apa pulak betul lah. Kalau saya jadi cikgu, saya akan tunjukkan contoh yang terbaik untuk anak-anak macam ni.. Budak-budak selalunya akan ingat pesan cikgu.. Saya ada ramai anak buah (anak sedara) dan selalunya bila mereka balik dari sekolah, mereka akan cakap 'Arini cikgu kata, arini cikgu pesan blablabla...haaa!! nampak tuu kan budak-budak nie ingat pesan cikgu. Itu menunjukkan kalau kalau budak-budak kecil nie mudah ingat apa yang cikgu dia pesan...Pepatah ada mengatakan 'MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA'...Macam mana kita nak membentuk seorang anak untuk menjadi orang berjaya dan berguna sedangkan dari awal lagi kita dah tunjukkan contoh yang tak baik pada mereka... Tugas seorang ibu adalah menjaga dan tugas seorang ayah adalah mendidik anak- anak mereka... Kalau kita ajar dengan cara betul, InshaAllah mereka akan ingat... Doa yang terbaik adalah doa dari Kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, dan doa anak-anak untuk kedua ibu bapa mereka..Walaupun tak nampak, tapi saya pasti abah dan bonda pasti mendoakan yang terbaik untuk saya.
Tiba-tiba teringat kat mak ayah pulak.. Alahaiii sedih! Pantang sebut mak ayah.
Lepas ni tak sebut dah. Kalau tak sebut nanti rindu pulak
~TISEYY~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.