Jiran sebelah pintu

Cerpen pendek - JIRAN SEBELAH PINTU

Hanya kerana sakit hati dengan tindakan jirannya yang mengetuk paku di dinding sehingga menganggu ketenteraman tidur Nur Rya, gadis berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengurus acara.. Bagi Rya masa tidurnya adalah sangat bermakna dan tidak boleh di ganggu sama sekali, kerana dia merupakan seorang yang sangat sibuk bekerja  dan jarang sekali dapat pulang berehat di rumahnya sendiri..

"Orang sebelah ni tak paham bahasa ke orang nak tidur" bising, bising. -NUR RYA

'Tokkk!!!! Tokkkkk!!!! Tokkkk!!
Tokkk!!! Tokkk!!! Tokkk!!!!

Bunyi ketukan dinding jirannya yang kuat sehingga kedengaran di biliknya telah menyebabkan kemarahan Rya lantas kakinya laju melulu ke arah rumah jirannya

Assalamualaikum! 'Keluar seorang lelaki,, disapa lagi dengan seorang lelaki yang lain.. "Waalaikumsalam!" Ada apa?? Boleh kami bantu..?

Rya terpegun melihat kekacakkan jirannya itu, Rya sama sekali tidak tahu bahawa jirannya merupakan lelaki-lelaki bujang lantas hatinya berkata "Handsome nya" Kenapa aku tak pernah nampak diorang nie .. Tapi hatinya yang 'degil' dan lebih mementingkan sikap amarahnya yang lebih tinggi lalu berkata "Encik!! Maaf ye saya nie nak tidur boleh tak encik ketuk paku tu lain kali.. Nak memaku ke nak mengetuk ke lain kali..  Bagi saya tidur dengan tenang. ~bicara Rya dengan nada riak

Lelaki tersebut memandang Nur Rya dengan pelik lalu berkata "Woiiiii!!! Rumah aku, aku punya pasal lah,, aku nak ketuk paku ke nak mengerudi ke.. Lagipun aku ketuk paku jer pun bukannya pecahkan dinding, kalau aku pecahkan dinding mau blok sebelah pun dengar. ~ teriak salah seorang dari lelaki tersebut dengan nada marah

Teriakan lelaki itu telah menyebabkan kemarahan Rya dan dia merasakan dirinya begitu tercabar lalu dilemparkannya dengan kata-kata kesat dan akhirnya pergaduhan berlaku antara mereka.

"Kau ingat kau lelaki aku takut ,, oiii... ~NUR RYA

Astaghfirullah! Sabar cik sabar! Apakata cik bertenang dulu dan maafkan kawan saya tuu.. Dia tak sengaja pun.. Lagipun orang sedang emosi memang macam tu.. Nahh!! "this is my card" kalau ada apa-apa, tak puas hati ke apa nanti 'call' saya kita bincang elok-elok kat luar, kedai mamak ke, nak ajak bincang kat dalam nie tak boleh sebab semua lelaki... Nanti tak manis orang pandang,! Nanti orang salah paham pulak! okay cik balik dulu.

Rya merasa malu dengan lelaki tersebut kerana dia lebih bersikap sopan santun dan bicaranya yang agak lemah lembut berbanding kawannya yang lain telah sedikit melembutkan hati Rya,, lantas dengan perasaan yang agak malu dia terus mengambil kad tersebut dan terus masuk ke dalam rumahnya. Rya yang tinggal sendirian di pangsapuri tersebut tidak kenal dengan jirannya itu malah dia yang tidak pernah ambil peduli tentang jiran tetangganya.

Nasib baik ada mamat tu kalau tak,, Haiishhh!! tak tahu lah apa jadi.. Silap-silap aku bertumbuk dengan laki tu.. Adoii.!! Sabaar Rya sabarrr! Aku tengah marah nie, ingat pesan mamat tuu.. Hmmm!! Nasib baik ada dia jea kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Ada peluang nie nak 'tackle' dia.. Tak kesah lah mana-mana aku dapat, dengan umur aku sekarang nie. Kenal-kenal nanti mana tahu jodoh. Dah takde mood aku nak tidur -NUR RYA

Pada suatu malam, setelah penat pulang dari kerja, kedengaran bunyi bising dari rumah jirannya itu.. Golllllll!! Golllll!!

Adoiiii!! Tengok bola pulak diorang nie.. Aku nak tidur nie, time nie lah nak bising, memekak.. Susah lah berjiran dengan orang-orang bujang nie.. Orang lain pun berjiran ngn orang bujang jugak! lagi ramai adalah, tapi takdelah bising macam diorang nie.. Tak beradab langsung lah! Tak hormat kat jiran-jiran.

Pada keesokan harinya, Rya telah menelefon jirannya itu dan mengajak dia berjumpa dengan alasan ada sesuatu yang ingin dibincang dan mereka telah berjumpa de sebuah restoran.

Yeaa! cikk.. ada masalah lagi ke dengan kawan-kawan saya tuu..

Tak, sebenarnya saya nak minta maaf kat awak pasal haritu, saya sedar saya terlalu kurang ajar dengan kawan awak tu.. saya pun tak sengaja sebenarnya.. Lagipun haritu saya terlalu penat, saya harap awak maafkan saya yeaa! Lagi satu tak perlu lah nak panggil saya 'cik-cik sangat panggil jea saya  Rya.

Sebenarnya saya tak perlu nak maafkan awak kot sebab awak takde salah apa-apa kat saya, lagipun yang pasal haritu awak bertekak dengan kawan saya bukannya saya, saya hanya pertahankan mana yang saya rasa betul, atau yang salah kita perbetulkan. Lagipun benda kecik jea pun taknak lah kecoh-kecoh. Saya kenal sangat kawan saya tu macam mana dia memang macam tuu, tapi dia tak simpan dalam hati. So, awak jangan risau dan tak perlu lah nak mntak maaf lagi.. Anggap lah macam takde apa-apa berlaku.. owhh! yeaa sebelum tu saya perkenalkan diri nama saya.........

Amirul kan?? 

Eahh!! Mana tahu nie? ~AMIRUL

Encik Amirul awak lupa ke yang awak bagi "business card' kat saya haritu... Owhh!! awk kerja sebagai 'designer'  wowwww hebat.. ~NUR RYA

Semakin lama mereka berkenalan semakin mereka akrab dan rapat sehinggalah perkenalan terjalin antara mereka dan pada suatu hari Amirul telah mengajak Nur Rya untuk keluar 'lunch' bersama..

Heiiii Mat!!! Kau buat apa kat sini? Keluar tak ajak aku pun.. Owhh! yeaaa Rya saya kenalkan ini sepupu saya Mat. -AMIRUL

Rya terkejut!! Alamakkkk!! Mat nie bekas teman lelaki aku dulu.. Macam mana aku tak pernah tahu kalau si Mirul nie sepupu kepada si Mat nie. Adoiiii!! gila betul.

Mat juga terkejut dengan kehadiran Nur Rya.. Tapi bagi Mat Rya bukanlah siapa-siapa lagi dalam hidupnya kerana perasaan cintanya pada Nur Rya telah lenyap.

Aku hairan macam mana si Mirul yang baik hati tuu boleh terpikat dengan Rya yang 'bodoh sombong tuu... Ada lelaki yang nak kat dia tuu.. Hmm,, memang lah kau cantik Rya, tapi kalau setakat cantik tapi pemarah, sombong, bongkak, kalau orang cakap asyik nak menang dia jeaa.. Haiishh!! Pelik aku! Kesian kat kau Mirul, nasib kau lah  -MAT

Kehadiran Amirul dalam hidup Rya sedikit sebanyak telah merubah hidup Rya. Aku beruntung dapat Amirul dalam hidup aku.. Aku sedar dulu aku nie sombong dan keras kepala, sebab tu lah Mat tu tinggalkan aku sebab dia tak boleh terima kekurangan aku.. Tapi sekarang bila dengan Amirul.. Aku kalah dengan dia!! yelahh!! sebab dia baik dengan aku, dia lembut dan memahami aku. Kalau aku buat salah dia bagi nasihat, dia tegur salah aku.. Bukannya marah dan terus 'blaaaah' macam si Mat tuuu, yang penting aku bahagia dengan kekasihku bernama Amirul - NUR RYA










Semoga berbahagia Nur Rya..

~TISEYY~






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.