Kongsi cerita

Ohhh ada yang tanya isha pasal cite2 yang isha buat tuu
kisah hidup isha ke?
Sebenarnya....
Tak jgak sebab kita berkongsi cite.

Kita tu siapa?

Isha and da geng lah
isha dan kawan2
macam cite barney n friends tuuu
lalalaa,

Kita dengar cite dari kawan2
Tak tau lah samaada diorg tipu atau itu imaginasi diorang
atau apa nanti salahkan diorg .
Kadang2 diorang nie suka jugak merepek
Tapi kita sebagai kawan kena lah melayan
walaupun dalam hati. hmmm (malas nak layan sebenarnya)

Bukan senang nak dduk diam nak pikir sebuah cerita
And saya respect pada pengarah yang buat filem tuu
macam mana diorg pnya fikiran, imaginasi diorg nak siapkan sebuah cerita
bukan senang bebbbbb!! 

Ada kawan yang putus cinta yang tengah bahagia yang tengah angau
suruh "create" kisah hidup diorang.
Walaupun sebenarnya takde siapa pun yang kesah pasal hidup diorang
Pastu mula lah suruh bf/gf
"U nanti tgok lah kisah cinta kita kat blaablaablaa..."
Pastu yang menaip nie dia taknak tanya pulak cmne
"Apa perasaan kau wehh" *Ganasnya bahasa
Nanti buat2 lah tanya skli skla.. hahaha
*Jangan ada yang terasa..

 
Tapi u gaiss tahu lah kan saya nie bsy dan takde masa nak mengadap lptop 24jam
S0, kena bersabar lah eaa..
Kalau taknak sabar nanti create cite sndiri pastu kita "tampal" jea kat sini
tak payah nak pikir2 nak buat ayat dramatik lah romantis lah itu lah ini lah
eahhh macam2 lagi..

Kalau ada cite menarik yang nak kongsi bole email me tengkuizwani@yahoo.com

*Dah macam DjLin pulak .. HAHAHAHA

OKBYEEE




~TISEYY
 

ADA APA DENGAN CINTA

"Apa yang kamu lakukan sama saya itu jahattt!"

Haaa!! Sape pernah dengar ayat tuu?
Sebuah filem Riri Riza
Lakonan Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Titi Kamal, Sissy Prescillia dan ramai lagi kokkk
Wahhh! Hebat banget.. Gantengg bangettt..
Tetibe cakap indon..

ADA APA DENGAN CINTA 2


Siapa dah tengok?
Siapa yang tak tengok lagi?
Siapa yang minat cite ni?
Siapa yang tak minat?

I knoe yang tak minat tuu mesti lelaki kan
Sbb lelaki tak minat sangat cite2 suweet2 nie
Diorang suka tengok Captain Amerika.. Kan?
Mengaku jela... haha *Jangan Kecam Saya*

Eahh sya minat tauu cite nie
Kalau tak silap saya tengok cerita ni masa kecik2 dulu but im not sure time tuu umur berapa
Hmmmm!! Umur berapa yaa*****

Act i'm Malaysian Fan and kalau nak tengok cite nie kena tengok balik cite yang first
sbb dah tak ingat dah konflik yang terjadi
Tadi kata minat cite nie pastu lupa &#**##&**++
Alaaa alaaa kantoii pulak!!

Gaiiiisssss...
Sebenarnya ada apa dengan cinta??

Dalam cinta ada kumbang ada bunga
Bunga disiram mekar dibiar layu
Setuju tak??

Okay jom feeling nyanyi lagu Ratusan Purnama...

Ratusan purnama berlalu
Tapi cinta tak pernah berlalu
Walau ku usir di hidupmu
Tapi cintaku tetap dia

Ratusan purnama berlalu
Sendirian aku tanpa cinta
Tak pernah ada cinta yang lain
Hatiku terbuka hanya untukmu

Duhai cinta enggan menawar rasa
gelombang marahmau terlalu berlebih
Berderik2 bunyi jantungku
Bila ku kenang wajahmu

Biar jauh jarak pandang kita
Namun hati dan jiwaku selalu merasa disisimu
Duhai cinta sulit ku meraba
Diam dan dinginmu mengapa
Ribuan hariku mengigatmu
Membaca semua puisimu
Mengering raga ini menantimu
Ratusan purnama cinta kita kembali..




~TISEYY






I'M BACK

Haiiiii..

Lama tak bkak blog. Busy lah katakan!! huhu
Almost 1 years dibiarkan berhabuk tanpa cerita
Dah takde idea maybe.. or
Acah2 kerja 24 hours non stop! haha
Bila ada masa kelapangan boleh lah skli skla menjenguk apa yang kurang kat sini
Or maybe cerita2 lama akan di delete!

Kenapa nak delete?

Sebab cerita2 tuu dah tak menarik lagi dah.
Orang tak suka.

Kenapa orang tak suka?

Sebab dalam hidup nie tak semua orang sukakan kita
HAHAHAHA.. Ada jea orang yang tak puas hati dengan kita.
Betul kan?? ***Tipu jeaa

Orang suka ke orang tak suka ke biarlah apa orang nak kata yang penting kita happy dengan hidup kita dan tak menyusahkan orang lain..
Lgpun cerita yang saya karang takde kena mengena dengan orang lain. S0, jangan ada sesiapa yg terasa. Terasa ke?? LU MAKAN CILI LU PEDAS BEBBB.. huhu

Ada sesiapa nak bgtau cerita menarik boleh email isha tengkuizwani@yahoo.com

SEKIAN



Sincerely:
~TISEYY

Kasih Terpaut Didahan Rapuh


Aku dari 'First Time' aku tengok muka si Amin tu aku dah naik meluat lah sejak dia pindah kat kampung nie.. Tahu lah dia 'handsome' tapi perlu ke semua anak gadis nak kena minat kat dia macam lah takde mamat yang lagi handsome kat kampung aku nie... eeewwww!! Lantak diorang lah! Kenapa aku nak kesah.. Lagipun aku kan tak suka kawan ngn laki  -MIMI DAHLIA

Aku dari 'First Time' aku bertegur sapa dengan makcik Leha jiran sebelah rumah aku nie, hati aku dah terpaut dengan anak dia Mimi, dan ingin mengenali dengan lebih rapat lagi... Dah lah cantik, bergaya tak macam budak kampung pun.. Sombong pulak tu!! Aku lagi suka perempuan yang sombong daripada perempuan 'gedik' yang dok tersengih-sengih macam 'kerang busuk' bila tengok lelaki.. Lagipun Mimi suka duduk kat bawah pohon usang kat tepi bilik aku ni, hari-hari aku tengok dia duduk kat situ.. Apa yang dia buat pun aku tak tahu  -MOHD AMIN

Amin merupakan anak seorang kontraktor yang berpindah ke sebuah kampung dan tinggal di rumah peninggalan arwah neneknya... Amin tidak pernah pulang ke kampung neneknya setelah nenek Amin meninggal ketika dia masih kecil lagi... Setelah ayah Amin mengambil keputusan untuk pindah ke rumah peninggalan arwah emaknya,,, Amin berhasrat untuk memulakan hidup baru dikampung sehiggalah dia berkenalan dengan anak jirannya MIMI DAHLIA. Mimi pula suka berkhayal dan suka melepak di bawah sebuah pohon usang di sebelah rumah Amin.. Mimi tidak suka dengan kehadiran keluarga Amin..

Amin!! Dah sebulan kita duduk kat sini. Tadi ayah kamu cakap nak gotong royong kemas rumah. Dia nak repair mana yang rosak. Nanti ayah kamu tu nak tebang semua pokok-pokok kat kawasan rumah kita nie, biar lengang sikit katanya, Makcik Leha kat sebelah rumah kita nie akan tolong kita nanti -EMAK AMIN

Dah lah tak kenal siapa,, datang entah daripada mana, tiba-tiba datang sini nak tebang pohon kesayangan aku tu.. Aku tahu lah pohon tu bukan aku yang punya,, pohon tu dalam kawasan rumah dia,, tapi dari aku kecil lagi aku suka duduk kat situ, main kat bawah pohon tu, daripada pohon tu kecil sampai sekarang dah 'tua bangka' aku duduk kat situ... Sekarang bila penghuni-penghuni rumah tu dah balik senang- senang jea ayah dia nak tebang pohon tu.... Bencinya!!! -MIMI DAHLIA

Pada suatu hari, setelah pulang dari solat jumaat, Amin melihat Mimi menangis di bawah pohon tersebut . Kenapa menangis Mimi?
 
Awak siapa nak ambik tahu hal saya? Saya tak kenal awak,, jadi jangan nak 'busy body' sangat. -MIMI DAHLIA

Memang saya tak kenal awak...Tapi awak jiran saya, Family saya nak tinggal kat sini sampai bila-bila tau.. Jadi kalau boleh saya nak kenal awak dengan lebih dekat.. Maybe kita boleh jadi kawan. -MOHD AMIN

Dua hari kemudian, keluarga Amin gotong-royong bersihkan kawasan rumah dan turut dibantu oleh Makcik Leha.. Akan tetapi pada hari tersebut Amin tidak melihat akan kelibat Mimi Dahlia.. Mana Mimi pergi makcik?? ~ujar Amin

Mimi ada kat rumah tu haa! Makcik dah ajak dia datang sini tadi,, katanya tak larat- MAKCIK LEHA

Pada hari tersebut, ayah Amin telah menebang semua pohon-pohon di kawasan rumahnya kecuali pohon usang kesayangan Mimi Dahlia.

Ayah!! Kenapa ayah tak tebang pohon yang dah tua tuu~ujar Amin

Biar jela Amin pohon tu kat situ,, Kalau kita tebang semua nanti panas juga rumah kita nie.. Nanti petang-petang boleh ajak mak kamu tu melepak kat situ. Ayah buatkan meja buluh.. Nanti boleh suruh mak kamu tu buat cekodok pisang, lepat pisang, kita boleh santai makan-makan petang kat bawah pohon tuu.. Lagipun ayah tak sampai hati lah.. Hmmm!! -AYAH AMIN

Kenapa ayah? ada yang tak kena ke ayah? -Amin

Tadi ayah hampir-hampir nak tebang pohon tu.. Tapi bila ayah tengok ada ukiran kat pohon tu "MIMI SAYANG AYAH" .. Ayah jadi tak sampai hati pulak kat si Mimi tu.. yelahhh! ayah pun bukannya tua sangat, bukannya ayah tak punya mata, tak nampak yang Mimi tu suka duduk kat bawah pohon tuu.. Setahu ayah, dari Mimi tu kecik lagi dia suka main kat pohon tu dengan ayah dia, sampai lah ayah dia meninggal dunia masa dia umur 12 tahun.. Kesian kan! Ayah Mimi tu kawan sekolah ayah dulu tau. -AYAH AMIN

Keesokan harinya bila Mimi keluar dari rumah dia merasa hairan kenapa pohon usang tersebut masih 'berdiri' kat situ... Eaahh! kata nak tebang pohon tu! Pelik!

Heiiii ! Mimi datang lah sini.. Makcik ada buatkan cekodok nie, kita makan sama-sama kat bawah pohon tu.. Mimi tak menolak pelawaan Emak Amin lalu berjalan menuju ke arah pohon tersebut. Lalu mendongakkan kepalanya melihat ke atas pohon tersebut. Mimi kelihatan pelik..

Kenapa nie Mimi? Kamu tengok apa kat atas tu? ~Ujar emak Amin
Makcik bukannya semalam ayah Amin tu nak tebang pohon ni.. Kenapa tak jadi tebang ke?

Owhhhh!! Ayah Amin cakap tak jadi tebang sebab kamu kan suka duduk kat sini.. Alahhh!! Ayah Amin tu dah kenal sangat kamu tu Mimi.. Mungkin kamu jea tak ingin kat kami nie.. Maklum lah kami nie jarang balik sini.. Itupun dulu kamu kecik-kecik lagi, mungkin kamu dah tak ingat kot
. -Emak Amin

Sejak Hari itu, Mimi mula rapat dengan Amin dan mereka mula berkawan.. Pada awalnya Mimi tak suka berkawan dengan lelaki. Tapi setelah dia mengenali dengan lebih rapat, Mimi tahu keluarga Amin 'baik hati' dan prihatin akan dirinya. Tambahan! Ayah Amin merupakan rakan sekolah ayahnya.. Hubungan mereka makin akrab sehinggalah mereka meningkat dewasa.. Dan akhirnya Amin ingin melamar Mimi untuk dijadikan isterinya di bawah pohon tersebut.

Mimi saya panjat pohon nie demi awak tau!! Saya tahu dahan nie dah rapuh.. Tapi kalau saya jatuh itu bukti cinta saya pada awak tau.. Saya nak tahu antara saya dan pohon nie mana awak lagi sayang. -MOHD AMIN

Amin memanjat pokok tersebut dan tiba-tiba... prakkk!! prakk!! dahan yang dipijak amin patah lalu tersungkur jatuh ke bumi. Amin yang pura-pura tak sakit lantas bangun berdiri dan berkata "Kan saya dah kata pokok nie dah tua, kesian dia Mimi.. Nanti kalau kita kawen kita tebang pokok nie okay! Kita gantikan dengan pokok baru.. Kita tanam lah pokok manggis ke rambutan ke mangga ke nanti kalau dah besar dah ada hasil, anak-anak kita boleh kutip dan kita pun boleh merasa hasilnya. Kalau awak setuju nak kawen ngn saya 'say yessss pleaseee!!!!!

Of course yesss!!! -MIMI DAHLIA











(True story)
~TISEYY




Berangan

Penat gaiss sungguh penat.. Aduhhh!! Kenapa nak mengeluh pulak nie.. Penat lah nak pikir itu ini,, ini itu.. Otak nie dah berjalan 24 jam.. Bukan apa otak nie perlu berehat seketika dari memikirkan masalah,, banyak yang bermain di minda (macam banyak sangat masalah)

Sebenarnya takde masalah yang serius pun,,, otak nie sedang memikirkan masalah nak pegi bercuti kat mana sebenarnya ni.. Wahhh!! Macam syiokk je kan.. Macam menarik jea! Macam indah jea..! Sunguh indah! Berangan jeaaa! Bukannnya ada masa pun nak pergi holiday bagai.. Sebab takde masa lah kita berangan dulu.. Mana lah tahu angan-angan menjadi kenyataan..  Indahnya kalau dapat ke sebuah pulau terpencil tanpa adanya orang. (itulah namanya berangan), bukan buah berangan yang orang masak dalam kuali tuaa bukan yea dik. Tapi kat mana eaa Pulau macam tu? Ada ke ? Sape tahu Pulau mana yang takde orang...Kalau pulau-pulau lain saya tahu lah... Pulau Tioman, Pulau Jerejak, Pulau Perhentian, Pulau Indah, Balik Pulau.. Pulau Bora-bora yang Hanis Zalikha pergi tu.. hehehee

Pulau ni salah satu tempat untuk release tension.. Bagi saya pulau tu salah satu tempat yang indah... Elok sangat lah kalau nak gi bercuti kat pulau,, gi release tension, nak relax, nak santai...Lain orang lain citarasa..Kalau saya, saya suka gi kat pulau.. Kalau orang lain saya tak tau diorg suka gi mana.. Tak ambik kesah pun sebenarnya diorg nak g mana.. Adududu! *Gurau jaa.. Majoriti orang suka gi pulau.. Betul sebab aritu dah undi dengan kawan2, gulung-gulung kertas pastu cabut undi. Ramai yang dapat "pulau".. (Sebenarnya isha tipu diorang semua kertas isha tulis pulau) dan diorang tertipu akhirnya..hahaha *just kidding. jangan marah.. Sebenarnya semalam saya terlihat kiriman dari seorang rakan di twitter... Dia tweet pasal sebuah pulau cantik kat Johor.. Serius cantik pulau tu..! Tak tau pulak kat johor ada pulau yang cantik macam tu.. Nama pulau tu tak pasti tapi yang pasti saya teringan sangat ke sana.. Jom gaiisss! Tak dapat pergi takpe kita berangan jea dulu... HAHAHAHA.. Kat bawah nie salah satu gambar pulau yang cantik. .hmmm jom berangan!




I wish I were here...

















~TISEYY~





Chill babe


Bagi orang yang bekerja, waktu cuti tu adalah sangat... sangat bermakna.. !
Of course lah kan.. Sape yang taknak cuti kan. Bukannya senang nak dapat cuti.. Cuti diluluskan tapi boss kata kalau cuti nanti raya tak boleh cuti dah.. Omaigaddd!! Macam mana nie!
Raya lah orang nak cuti nak balik kampung...Apa lah bos nie takde perasaan langsung. Hmmmm!! Tapi takpe kuatkan hati.. Alarhh!! Ramai jea yang keja tak balik kampung raya.. Yang tak balik langsung pun ada.. Chill babe!! Jangan nangesss, nangesss okay!

Biasalah kerja ni kena dengar kata boss itu pun dah kira okay dia bagi cuti sehari kalau dia bagi setengah hari macam mana,, Adududududu.... Nangess tak berlagu lah jawabnya!! Tiba-tiba rasa pedih ulu hati..! Gunalah gaviscon!  tapi syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi tu... Ada rezeki nanti dapat yang lebih baik siapa tahu.. Tapi orang kata nak berjaya kena bermula dari bawah.. Bukan orang jea yang kata mak saya pun kata macam tu.. Ibarat sperti kaki melangkah nak naik tangga mesti melalui 1 demi 1 anak tangga... Takde pun orang naik tangga langkah 6,,, 5 anak tangga melainkan bila nak turun tangga.. Orang langkah sampai 9,,, 10 anak tangga itu perkara biasa .. tak paham eah? ini kita belajar math lah dik. Maksudnya Dalam hidup nie nak jatuh senang jea.. boleh langkah sebanyak mana yang kita nak... Ada orang dia terjun taw turun tangga.. Ramai kan yang buat macam tu! Eah apa punya perangai lah main terjun-terjun macam tu...Tapi tu masa kecik-kecik dulu lah kan sebab masa tu tak bole pikir lagi baik buruk... Sekarang nie dah besar tak buat dah macam tu dah boleh pikir kalau terjun nanti jatuh, 'sakit' .. Sakit yang datang sia-sia, mana lah tahu masa nak terjun tu tergolek patah kaki.. aduhhh!!! Sakit kan.. So,, jangan buat macam tu okay...

Nak berjaya berusahalah!! Berusahalah untuk mencapai yang lebih baik... InshaAllah!! Soon!

Hmmm ini nak cerita pasal cuti ke pasal kerja ke pasal boss ke pasal tangga ke pasal apa nie..

Apa -apa pun boleyyyyyyy!!!
Merepek jea lebih. byeee







~TISEYY~





Jiran sebelah pintu

Cerpen pendek - JIRAN SEBELAH PINTU

Hanya kerana sakit hati dengan tindakan jirannya yang mengetuk paku di dinding sehingga menganggu ketenteraman tidur Nur Rya, gadis berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengurus acara.. Bagi Rya masa tidurnya adalah sangat bermakna dan tidak boleh di ganggu sama sekali, kerana dia merupakan seorang yang sangat sibuk bekerja  dan jarang sekali dapat pulang berehat di rumahnya sendiri..

"Orang sebelah ni tak paham bahasa ke orang nak tidur" bising, bising. -NUR RYA

'Tokkk!!!! Tokkkkk!!!! Tokkkk!!
Tokkk!!! Tokkk!!! Tokkk!!!!

Bunyi ketukan dinding jirannya yang kuat sehingga kedengaran di biliknya telah menyebabkan kemarahan Rya lantas kakinya laju melulu ke arah rumah jirannya

Assalamualaikum! 'Keluar seorang lelaki,, disapa lagi dengan seorang lelaki yang lain.. "Waalaikumsalam!" Ada apa?? Boleh kami bantu..?

Rya terpegun melihat kekacakkan jirannya itu, Rya sama sekali tidak tahu bahawa jirannya merupakan lelaki-lelaki bujang lantas hatinya berkata "Handsome nya" Kenapa aku tak pernah nampak diorang nie .. Tapi hatinya yang 'degil' dan lebih mementingkan sikap amarahnya yang lebih tinggi lalu berkata "Encik!! Maaf ye saya nie nak tidur boleh tak encik ketuk paku tu lain kali.. Nak memaku ke nak mengetuk ke lain kali..  Bagi saya tidur dengan tenang. ~bicara Rya dengan nada riak

Lelaki tersebut memandang Nur Rya dengan pelik lalu berkata "Woiiiii!!! Rumah aku, aku punya pasal lah,, aku nak ketuk paku ke nak mengerudi ke.. Lagipun aku ketuk paku jer pun bukannya pecahkan dinding, kalau aku pecahkan dinding mau blok sebelah pun dengar. ~ teriak salah seorang dari lelaki tersebut dengan nada marah

Teriakan lelaki itu telah menyebabkan kemarahan Rya dan dia merasakan dirinya begitu tercabar lalu dilemparkannya dengan kata-kata kesat dan akhirnya pergaduhan berlaku antara mereka.

"Kau ingat kau lelaki aku takut ,, oiii... ~NUR RYA

Astaghfirullah! Sabar cik sabar! Apakata cik bertenang dulu dan maafkan kawan saya tuu.. Dia tak sengaja pun.. Lagipun orang sedang emosi memang macam tu.. Nahh!! "this is my card" kalau ada apa-apa, tak puas hati ke apa nanti 'call' saya kita bincang elok-elok kat luar, kedai mamak ke, nak ajak bincang kat dalam nie tak boleh sebab semua lelaki... Nanti tak manis orang pandang,! Nanti orang salah paham pulak! okay cik balik dulu.

Rya merasa malu dengan lelaki tersebut kerana dia lebih bersikap sopan santun dan bicaranya yang agak lemah lembut berbanding kawannya yang lain telah sedikit melembutkan hati Rya,, lantas dengan perasaan yang agak malu dia terus mengambil kad tersebut dan terus masuk ke dalam rumahnya. Rya yang tinggal sendirian di pangsapuri tersebut tidak kenal dengan jirannya itu malah dia yang tidak pernah ambil peduli tentang jiran tetangganya.

Nasib baik ada mamat tu kalau tak,, Haiishhh!! tak tahu lah apa jadi.. Silap-silap aku bertumbuk dengan laki tu.. Adoii.!! Sabaar Rya sabarrr! Aku tengah marah nie, ingat pesan mamat tuu.. Hmmm!! Nasib baik ada dia jea kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Ada peluang nie nak 'tackle' dia.. Tak kesah lah mana-mana aku dapat, dengan umur aku sekarang nie. Kenal-kenal nanti mana tahu jodoh. Dah takde mood aku nak tidur -NUR RYA

Pada suatu malam, setelah penat pulang dari kerja, kedengaran bunyi bising dari rumah jirannya itu.. Golllllll!! Golllll!!

Adoiiii!! Tengok bola pulak diorang nie.. Aku nak tidur nie, time nie lah nak bising, memekak.. Susah lah berjiran dengan orang-orang bujang nie.. Orang lain pun berjiran ngn orang bujang jugak! lagi ramai adalah, tapi takdelah bising macam diorang nie.. Tak beradab langsung lah! Tak hormat kat jiran-jiran.

Pada keesokan harinya, Rya telah menelefon jirannya itu dan mengajak dia berjumpa dengan alasan ada sesuatu yang ingin dibincang dan mereka telah berjumpa de sebuah restoran.

Yeaa! cikk.. ada masalah lagi ke dengan kawan-kawan saya tuu..

Tak, sebenarnya saya nak minta maaf kat awak pasal haritu, saya sedar saya terlalu kurang ajar dengan kawan awak tu.. saya pun tak sengaja sebenarnya.. Lagipun haritu saya terlalu penat, saya harap awak maafkan saya yeaa! Lagi satu tak perlu lah nak panggil saya 'cik-cik sangat panggil jea saya  Rya.

Sebenarnya saya tak perlu nak maafkan awak kot sebab awak takde salah apa-apa kat saya, lagipun yang pasal haritu awak bertekak dengan kawan saya bukannya saya, saya hanya pertahankan mana yang saya rasa betul, atau yang salah kita perbetulkan. Lagipun benda kecik jea pun taknak lah kecoh-kecoh. Saya kenal sangat kawan saya tu macam mana dia memang macam tuu, tapi dia tak simpan dalam hati. So, awak jangan risau dan tak perlu lah nak mntak maaf lagi.. Anggap lah macam takde apa-apa berlaku.. owhh! yeaa sebelum tu saya perkenalkan diri nama saya.........

Amirul kan?? 

Eahh!! Mana tahu nie? ~AMIRUL

Encik Amirul awak lupa ke yang awak bagi "business card' kat saya haritu... Owhh!! awk kerja sebagai 'designer'  wowwww hebat.. ~NUR RYA

Semakin lama mereka berkenalan semakin mereka akrab dan rapat sehinggalah perkenalan terjalin antara mereka dan pada suatu hari Amirul telah mengajak Nur Rya untuk keluar 'lunch' bersama..

Heiiii Mat!!! Kau buat apa kat sini? Keluar tak ajak aku pun.. Owhh! yeaaa Rya saya kenalkan ini sepupu saya Mat. -AMIRUL

Rya terkejut!! Alamakkkk!! Mat nie bekas teman lelaki aku dulu.. Macam mana aku tak pernah tahu kalau si Mirul nie sepupu kepada si Mat nie. Adoiiii!! gila betul.

Mat juga terkejut dengan kehadiran Nur Rya.. Tapi bagi Mat Rya bukanlah siapa-siapa lagi dalam hidupnya kerana perasaan cintanya pada Nur Rya telah lenyap.

Aku hairan macam mana si Mirul yang baik hati tuu boleh terpikat dengan Rya yang 'bodoh sombong tuu... Ada lelaki yang nak kat dia tuu.. Hmm,, memang lah kau cantik Rya, tapi kalau setakat cantik tapi pemarah, sombong, bongkak, kalau orang cakap asyik nak menang dia jeaa.. Haiishh!! Pelik aku! Kesian kat kau Mirul, nasib kau lah  -MAT

Kehadiran Amirul dalam hidup Rya sedikit sebanyak telah merubah hidup Rya. Aku beruntung dapat Amirul dalam hidup aku.. Aku sedar dulu aku nie sombong dan keras kepala, sebab tu lah Mat tu tinggalkan aku sebab dia tak boleh terima kekurangan aku.. Tapi sekarang bila dengan Amirul.. Aku kalah dengan dia!! yelahh!! sebab dia baik dengan aku, dia lembut dan memahami aku. Kalau aku buat salah dia bagi nasihat, dia tegur salah aku.. Bukannya marah dan terus 'blaaaah' macam si Mat tuuu, yang penting aku bahagia dengan kekasihku bernama Amirul - NUR RYA










Semoga berbahagia Nur Rya..

~TISEYY~






ANAK

Anak itu kan anugerah dari Allah.. Seorang anak itu lahir ibarat sehelai 'kain putih' dan kita lah yang mencorakkan nya.. Kita? eahhh, Saya belum kahwin lagi. Dan mungkin belum mengerti tentang alam kekeluargaan... Tapi,,,, sebagai seorang manusia atau seorang anak, saya amat memgetahui dan menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh kedua orang tua iaitu abah dan bonda tercinta... Masih ingat jasa dan pergorbanan mereka untuk membesarkan saya. Terima kasih abah, bonda.

Disini saya ingin menceritakan satu kisah dimana seorang budak kecil yang belum mencecah usia 5 tahun telah didera oleh kedua ibu dan bapanya... Hampir setiap hari dengar rintihan dan tangisan anak kecil tersebut, dipukul dengan alasan yang tak munasabah. Eahhh memang tak logik lah! Bukannya tak dengar, hari-hari duk memekak, serius tak tipu, isha tak bohong! huhu.. Adakah mereka ini punya sifat peri kemanusiaan terhadap anak sendiri, dimana sifat keibubapaan mereka? dan apakah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak?  Ini dah macam karangan masa form5 dulu, tajuk dia "Tanggungjawab ibu bapa pada anak-anak"..

Adakah saya ni terlalu 'jaga tepi kain orang lain'?

Saya bukanlah jenis yang suka 'busy body' hal orang... Tak suka pun sebenarnya. Mungkin kita tak perlu amik kisah tentang orang lain.. Mungkin! Hidup mereka, Biarlah kan! Sapelah kita nie nak ambik peduli tentang mereka.. kan??? Perlu ke masuk campur dalam urusan orang lain..? Tak perlu kotttttt...Tapi kesian kott.. Sungguh kesian kat budak tuu yang tak tahu apa-apa.. Yessss sungguh kesian.. because i love Kids.... Eah sedih lah, kalau dah hari-hari kena pukul...Ini betul tauu bukan main-main bukan "cobaan" macam dalam cite bujang lapok tuuu, bukannnnn!!

Orang kata tak salah mendidik dengan cara yang betul atau memukul dengan tujuan untuk mendidik, memamg tak salah pun.. wahhh!! Tiba-tiba jadik cikgu pulak... Pandai sangat ke nak mengajar dan bagi nasihat kat orang lain.. Eahh! apa pulak betul lah. Kalau saya jadi cikgu, saya akan tunjukkan contoh yang terbaik untuk anak-anak macam ni.. Budak-budak selalunya akan ingat pesan cikgu.. Saya ada ramai anak buah (anak sedara) dan selalunya bila mereka balik dari sekolah, mereka akan cakap 'Arini cikgu kata, arini cikgu pesan blablabla...haaa!! nampak tuu kan budak-budak nie ingat pesan cikgu. Itu menunjukkan kalau kalau budak-budak kecil nie mudah ingat apa yang cikgu dia pesan...Pepatah ada mengatakan 'MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA'...Macam mana kita nak membentuk seorang anak untuk menjadi orang berjaya dan berguna sedangkan dari awal lagi kita dah tunjukkan contoh yang tak baik pada mereka... Tugas seorang ibu adalah menjaga dan tugas seorang ayah adalah mendidik anak- anak mereka... Kalau kita ajar dengan cara betul, InshaAllah mereka akan ingat... Doa yang terbaik adalah doa dari Kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, dan doa anak-anak untuk kedua ibu bapa mereka..Walaupun tak nampak, tapi saya pasti abah dan bonda pasti mendoakan yang terbaik untuk saya.

Tiba-tiba teringat kat mak ayah pulak.. Alahaiii sedih! Pantang sebut mak ayah.
Lepas ni tak sebut dah. Kalau tak sebut nanti rindu pulak














~TISEYY~




Sahabatku


Sahabat untuk selamanya
Kau dan aku sahabat..
Untuk selamanyaa,, selama-lamanya
Setiaaaa...

Itu lagu sahabat lah..
Nak cite pasal sahabat kena nyanyi dulu
Amik feel!

Dulu isha ada seorang sahabat, yang selalu ada disisi, yang menghulurkan tangan disaat terjatuh, yang meminjam kan bahu saat bersedih, yang memberi sokongan dan dorongan.. Kami sentiasa bersama tak kira kemana kami pergi... Kami sering berkongsi masalah, berkongsi makan, berkongsi bantal.. Dan kalau boleh semua benda nak dikongsi bersama..Dialah kawan, dialah sahabat, dialah kekasih..Betul tak awak..?  Awakkkk, awakk dengar tak??? Kami kawan dari form3 lagi taw.. Kami ex student Smk Pauh jaya, penang..kawan ceq oghang penang nak bgtau ampa semua. Tapi ceqq bukan asal penang pnya ceqq oghang pantai timur.

Hmmm, mula lah dok ingat kawan-kawan kat sana, sekolah sana, cikgu-cikgu kat sana. Pagi-pagi gi sekolah nyanyi lagu pulau mutiara.

Pada 2009, Waktu telah memisahkan kan kami dan jarak yang jauh telah memutuskan hubungan antara kami, tanpa berhubung, tanpa msg, rasa macam kat zaman jepun pulak, lebih kurang zaman jepun lah kot.. hehe.. Tak msg bukan sbb takde handphone ke apa.. Ada aiihhhh!!! Orang putih kata lost contact! Nombor handphone takdak.. hilang! Alasan jea tu kan.! Bukannya nak ikhtiar nak cari jalan nak berhubung, doa "YaAllah YaTuhanku temukanlah aku dengan kawan aku".. Haa! macam tuu.. Adakah itu dinamakan seorang sahabat? Yang melupakan temannya disaat dia pergi...Tak lupa aihhh!! Tak pernah lupa pun sebenarnya.. Sehinggalah takdir mempertemukan kami kembali! Itulah jodoh namanya, hehee. Walaupun jauh, walaupun jarang jumpa, semua dah busy kan, dah keja, .. tapi kami sentiasa contact sampai ke lani..hahh!! Mula ceqq nak cakap penang. Awak lah yang selalu jaga saya, tunjukkan contoh yang baik.. Kalau awak datang umah saya, awak selalu kejutkan saya bangun subuh.. "Ku bangan, ku bangun dah subuh".. Kalau takdak dia tak bangun sampai ke sudah, setan duk menghasut. *Banyak alasan isha nie.. Kami berkawan tak macam orang lain yang selalu datang dan pergi, silih berganti, yang datang waktu senang yang pergi waktu susah.. Kami berkawan susah senang dikongsi bersama...Itulah seorang sahabat sejati.... Banyak kenangan antara saya dan awak.. Awak jangan lupa saya taw anak pakcik mamat!! Nanti jangan lupa bawak saya pi makan pasemboqq naa.. Haaa! Kat bawah tu gambar kekasih hati saya.. Dia nie orang penang .. Kami jumpa masa sekolah kat penang dulu lah.. Cantik kan! Sejuk mata memandang... Yang acah-acah tutup muka tuu tak payah kenai takpa.. Sekian!


Sahabat saya Nur Izzati











~TISEYY~





First time ke USIM Nilai

Haritu isha ada pergi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kat Nilai.. Pergi sana sebab nak tolong kawan buat ID staf kat sana... Isha pergi pun sbb ingat kawan jaa pdhal kawan tak pernah ingat pun kat isha.. hmmm *Tipu jea..lalala.. Kawan isha tuu dia keja kat USIM PAndan Indah.. Tapi bila nak buat or renew ID staf tuu kena pegi kat HQ dia kat Nilai.. Biasalah, bila kawan mntak tolong kita kena lah menolong.. Tolong menolong tu kan amalan mulia!

Staf dekat sana kira baik lah takde yang menyombong atau bongkak semuanya baik-baik belaka.. So, isha bagi 5 bintang kat diorang...hahaha... Bukan apa selalunya ada jgak bila kita pergi ke sesuatu tempat untuk tujuan tertentu tiba-tiba dilayan dengan teruk apatah lagi bila tempat yang kita tuju tu jauh.. Apakah perasaan anda time tuuu..? Sedih kan!! *Sedih lah sangat..Nak marah ada lah.

Kat USIM Nilai nie lain kira mereka nie antara yang terbaik kerana kami dilayan dengan baik walaupun kami telah sesat kat dalam USIM tu sebab dia punya tempat makkkk aiiiii,,, punyalah beso sampai nak cari Jabatan Keselamatan pun tak jumpa... Padahal dia punya tempat tu depan sekali tapi sebab first time menjejakkan kaki... Terpaksalah makan 'langsat' terlebih dahulu.. huhuhu.

Kalau anda ada tujuan macam kami nak pergi kat Jabatan Keselamatan tu jangan terkejut pulak kalau jumpa pakcik-pakcik yang misai diorg yang kalau tengok dari jauh pun dah takut..Bukan rimau yea dikk. Jangan tertukar dengan rimau sudah lah. haha.. Bukan takut apa, takut nak buat salah... Salah buat nanti masuk lokap... haaa!! Tgok muka tu memang garang gila lah tapi diorg semua baik hati, dalam hati ada taman bebbb. Diorang senyum! Peramah! Tak sempat kita tanya lagi diorang dah tanya dulu.. Yea dik nak buat apa? Student ID hilang ke?? (Macam tau2 jea pakcik nie).. Wahhh kembali ke zaman remaja, time study dulu-dulu.. Rindu pulak nak study balik

Dah siap tunggu apa lagi balik lah ... Dahla penat tunggu lama-lama... Sebelum balik sempat singgah kat Nilai, bukan nak beli kain ke apa tapi sebab mira nak amik gambar, nak selfie katanya.. Tengok sape yang lebih-lebih amik gambar.. Ini bukan nak menunjuk-nunjuk ka apa. Ini kenangan! Mira kalau baca nie jangan lupa lah penat lelah aku menolongmu wahai Mira. Jangan dilupakan aku! Kau lupa aku ibarat kacang lupakan kulit. (pepatah takde kena mengena pun). ahahaha!

.







~TISEYY






Kata itu berbisa

Tersenyumlah saat hati terluka
walau terguris hanya kerana kata-kata
Kerana kata itu kadang berbisa
dan mampu merubah apa saja
Ingatlah wahai manusia!
Jaga tingkah laku kita
Jangan suka menjaja cerita
Sedangkan belum tentu ia sahih dan nyata
Kelak berdosa badan binasa
Namun sampai bila
Kita harus berpura-pura saja
Tersenyum walau kecewa
Ketawa walau berduka
Disaat hati tidak mampu membuat apa-apa
dan hanya mampu berdiam saja
Kenapa harus berdusta
Kenapa perlu menyiksa jiwa
Lupakanlah apa saja
Kerana semua mainan dunia
Hidup hanya sementara
Sedangkan kita semua sama
kita hanya insan biasa
Tak lekang dari melakukan dosa
Percayalah bahawa ada hikmahnya
Serahkan saja pada yang Maha Kuasa
Inshaallah semuanya baik-baik saja





~TISEYY~


Duhai Ayahku


Duhai ayahku,,

Terima kasih kerana telah menjaga kami
dan membesarkan kami....
Jasamu dikenang budimu disanjung
Pengorbananmu penuh erti,,
Penat lelahmu kami hargai,,,,
Jasamu tidak mampu kami balas
Melainkan hanya doa yang mampu kami kirim....
Jangan risau ayah!! Kami dah besar,
kami mampu untuk hidup berdikari..
Kami kuat keranamu ayah!

Duhai Ayah!

Andai kau sakit kami turut sakit
Andai kau kecewa kami turut kecewa
Andai kau sedih kami turut bersedih
Andai kau duka kami turut  berduka

Duhai Ayah!

Pedulikan orang sekeliling,, pedulikan apa yang orang kata
Pedulikan apa yang orang lihat
Mungkin mereka memandang hina,
Mungkin dimata mereka engkau telah gagal
Mendidik anak-anakmu..
Tapiii,, percayalah ayah..
Kami mampu berdiri keranammu ..
Kami kuat keranamu, demi mu ayah!
Hanya kami yang kenal siapa kamu

Duhai Ayah!

Kini kami sedar, tiada yang berharga selainmu
Engkaulah harta yang kami punya selain ibu
Selagi hayat dikandung badan kami akan sentiasa menjagamu
Sepertimana ayah menjaga kami suatu saat dulu
Maafkan kami ayah,, Andai kami pernah melukai hatimu
Tiada sedikit pun niat untuk menguris hatimu

Duhai Ayah!

Terima kasih Ayah!
Kami bahagia! Kita Bahagia
Kaulah ayah! kaulah kawan!
Bersyukur kami memiliki ayah sepertimu
Terima kasih ayah!









Buatmu ayah : Engku Yahya
Dari anak-anakmu

~TISEYY~







Cerpen Terima kasih Ayah


Cerpen Pendek: Terima kasih ayah

Aku kecewa!! "Mengapa kali ini aku begitu kecewa.".. Itulah luahan seorang gadis kecil yang berasa kecewa dengan hidupnya...Segalanya kemahuannya dituruti, diberikan malahan dia merupakan anak kesayangan ayahnya, En,Nordin... Apa lagi yang dia inginkan?? Tidak cukupkah dengan segala kemahuan yang telah diberikan.... Hanya kerana satu permintaan ayahnya yang inginkan dia untuk belajar di sebuah sekolah yang jauh dari keluarganya,,,,, dia merasakan bahawa kasih sayang ayahnya telah terbelah bagi, dia menganggap bahawa ayahnya tidak menyayangi dia lagi... Bagi dia yang masih kecil dan tak tahu apa-apa soal kasih dan sayang juga menganggap bahawa permintaan ayahnya itu adalah "besar" dan tidak sanggup terpisah jauh dari keluarganya.... Walhal ayahnya melakukan sedemikian kerana ingin melihat dia berjaya dan hidup berdikari. Setiap malam, tidurnya ditemani air mata menanti detik, waktu, hari ,, mengenangkan nasib yang akan berlaku dalam hidupnya nanti lalu berkata melalui hati kecilnya "Kenapa aku perlu bersedih"..

Kaki melangkah masuk ke sebuah sekolah, dilihat dan diperhatikan oleh anak murid yang lain.. Ada yang memberikan jelingan tajam pada dirinya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dan ada juga yang memberikan senyuman seperti mereka menyambut kedatangannnya.... "Haiiiii,," kedengaran suara dari arah depan.. "Selamat Datang",,, "Boleh perkenalkan diri kamu? "Tanya seorang guru" ... Tanpa berlengah dia perkenalkan diri.... Lalu ditanya lagi dengan soalan lain...."Kenapa pindah kesini?"... Dia hanya tersenyum dan tidak dapat menjawab kerana bagi dia seorang murid yang pindah ke sekolah lain hanya kerana dua sebab iaitu 1.Pertukaran tempat kerja ayah dan 2. Pindah rumah, sedangkan dia tidak mempunyai sebab yang kukuh.. "Kenapa ayah hantar aku kesini?" kenapa cikgu tak tanya ayah kenapa dia hantar aku kesini.

Dua bulan berlalu, dia mula menyesuaikan diri di sekolah baru.. Rakannya ramai dan mereka sangat baik hati... Setiap hari ayahnya menelefon dan bertanyakan keadaan dirinya... Dari situ dia dapat merasakan bahawa ayahnya lebih mengambil berat tentang dirinya.... Setahun kemudian,,, dia ditukarkan ke sekolah lain lagi dan mulai saat itu, dia merasakan dirinya tidak takut lagi dan tidak gentar untuk membawa dirinya untuk pergi jauh, demi mengejar cita-citanya, kerana walau dimana sahaja dia berada, adanya 'family' yang memberikan semangat dan dorongan buat dirinya "Terima kasih YaTuhanku"..  Dalam usianya yang masih mentah,, dia telah belajar untuk hidup berdikari, berfikir dengan lebih matang berbanding dengan kawannya yang lain, yang masih kebudak-budakkan. Perangainya yang jauh lebih matang dari usianya.... Dari situ dia sedar, tidak kira dimana sahaja dia berada, keluarganya percaya akan dirinya, dia kuat, dia mampu untuk kuat.. Demi ayah yang tercinta, dia sangup, dia bertahan kerana ayahnya ingin melihat dia berjaya membawa haluan diri dan dari situ juga dia mendapat 'jawapan' dari persoalan yang dia cari... Jawapan yang ada pada dirinya sendiri, "Kenapa ayah hantar aku kesini?"... kerana ingin melihat aku berjaya. Alhamdulillah aku sudah berjaya. Terima kasih ayah! Kakak sayang ayah!







(True story)
~TISEYY~



Cuti


Harini dah start cuti
korang ada plan nak g mana-mana ke
Balik kampung ke.. Gi holiday ke?
Bestnya..  dok lepak2 tepi pantai
Santai amik angin minum air kelapa..Wahh!!
Tapi kite cuti ke tak cuti ke sama jaa wakk
Terperap je kat dalam rumah, sedehh betull..

Bukan apa masa skrg nie tak sama
Kalau dulu sehari bagaikan seminggu
Seminggu bagaikan setahun
Sekarang nie pejam celik pejam celik
Sebulan bagaikan sehari
Begitu cepat masa berlalu dgn pantassss
Kalau dulu masa study hari cuti adlah paling bermakna
Mana taknyaa klu dah hari2 tgok buku (rajinnya)
Otak pun nak rehat jgak  ...
Kadang dalam setahun bole hafal brpa kali cuti
Nak cuti punya pasal
Bhahahahaha..

Orang balik kampung nak jenguk mak ayah,, Rinduuuu..
Tapi kite lain taw,, mak ayah datang jenguk anak2..
So, tak payah pikir balik kampung dah.. lalalala..
Eaahh bertuah punya anak..
Tapiii rinduuuuu lah nak balik kg... hmmm
Kg halamanku sedang memanggil namakuuu
Alahaii sedihnyaaaaa :(





~TISEYY~

Di alam pekerjaan


Kalau kita buat silap/salah sikit
Terus dipersalahkan/dipulaukan tanpa mendapat alasan yang kukuh
Tambahan bila dalam situasi kerja,,,, Nak berhadapan dengan orang sekeliling kita,,, Kawan Kerja,, Bossssss....Kadang-kadang ada antara mereka nie tak paham perasaan kita...Nak marah,, terus marah melulu tak tentu pasal ,,,, ada juga yang menyamakan kita dengan yang lain..Kononnya orang tu lebih bagus dari kita.... Tahu lah tak suka kat kita tapi tak payah lah nak tunjuk sangat,,, Jagalah sikit hati orang lain oiiiii... Betul tak??? Ada juga jenis orang yang tak peduli keadaan sekekliling dan kalau boleh taknak amik peduli,,Pentingkan diri sendiri tak boleh dengar pendapat orang lain,,, Asyik nak menang dia jeaaa.. Ishhh!!




 

Dalam situasi kerja macam nie... Kita kena paham tak semua orang sukakan kita
Bak kata pepatah RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN-LAIN
Manusia nie mempunyai sikap berbeza kan,,,, Ada orang dia sukakan cara kita,, ada orang dia tak suka... Dalam pergaulan antara rakan sekerja pula,, Kadang kala ada yang tak puas hati,,, Ada yang dengki,, iri hati,, ada yang batu api,, dan yang paling bahaya adalah "Api Dalam Sekam"...iaitu musuh yang ada dikalangan kita tanpa disedari..Itu bahaya bebbb.. Yang macam nie kita perlu berhati-hati... Kalau jumpa dia jeaa ingat "AWAS" besar-besar kat dahi dia.. haha.. Bukan apa,,, Kadang orang nie depan jaa dia baik,, tapiii kat belakang macam-macam dia dok mengata dan mengadu kat bos, kaki ampu lah katakan. Bos pulak jenis yang dengar sebelah pihak,,,,  Lagi-lagi kerja berkumpulan,, mesti masing-masing berlumpa nak jaga hati bos... Tapi selalunya kerja berkumpulan nie ibarat "Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit:,, kalau seorang kena 'bahan' yang lain pun turut kena 'bahan'.... Maklumlah!! Boss rimauu kan... Paham-paham sendiri lah yea.

Dalam hidup nie buat baik mcm mana sekalipun,,,,Kalau sekali kita buat salah...terus orang tak suka, sampai bila-bila, terus kena ban, kena maki lah macam-macam lagi lah... Kalau bab maki tu perkara biasa... Mulut manusia tak boleh nak tutup.. jadi BERSABARLAH selagi tak menjejaskan periuk nasi kita.. Tengah bersabar lah nie

Sabar isha sabarrrrrr..
Nasib baik isha seorang yang penyabar
hehehehee..


Pernah alami situasi diatas??

#PerkaraYangSeringTerjadiDikalanganKita







~TISEYY~


Cerpen Bangkitlah Lia


Cerpen pendek:  Bangkitlah Lia...

Mengisahkan seorang gadis bernama lia berusia 16 tahun yang agak pendiam yang menghabiskan sisa-sisa waktunya di sekolah dengan belajar,, belajar,, dan belajar,, Dalam masa yang sama Lia juga seorang yang degil dan keras kepala...Lia seorang yang tidak suka membaca buku akan tetapi hobinya yang suka mengarang cerita dan membuatkan dirinya nekad untuk belajar bersungguh-sungguh.. Tambahan, lia merupakan salah seorang pelajar harapan guru... Tetapi dirinya mula berubah apabila dia mula berkawan dengan gadis-gadis "ganas" yang suka ponteng kelas dan melepak.. Perubahannya mula terasa apabila prestasinya mula "menurun" di sekolah dan menyebabkan kedua orang tuanya mula kecewa dengan sikap dia.. Di situlah bermulanya perjuangan dia sebagai seorang pelajar yang bangkit berjuang demi masa depannya dan juga demi kedua orang tuanya ... Bagi lia, hidupnya tidak bererti sekiranya dia mengecewakan ibu dan ayahnya,, "Jadi aku harus bangkitttt,, bangkitttt dan berjuang",,"Jangan putus asa, jangan pernah kecewakan mereka lagi".. Lia tidak pernah melupakan kawan-kawannya yang lain,,,walaupun lia tidak lagi mengikut jejak langkah kawannya mereka tetap berkawan baik.. Lia selalu ingat akan pesan ayahnya "Adik pergi sekolah belajar rajin-rajin"

Pada suatu hari, kelasnya telah didatangi oleh seorang guru baru untuk mengajar mereka.. Guru tersebut yang merupakan seorang guru wanita yang mengajar Bahasa Melayu yang agak tegas dan garang.. Ketegasan guru tersebut telah merubah anak muridnya termasuk Lia dan juga kawan-kawannya yang lain.. Kawan-kawannya yang pada awalnya merupakan kaki ponteng kini sudah tidak berani berbuat demikian lagi dan mula mengambil berat akan pelajaran mereka.. Gurunya yang bernama Hayati agak tertarik dengan sebuah cerpen yang dikarang oleh Lia yang bertajuk "Jika Aku Sebuah Kereta".. dan Lia telah mendapat keputusan cemerlang dalam karangan dan penulisan yang bertajuk "Jika Hujan Turun".. 






~TISEYY~




Doaku Buatmu..


Andai kau tahu..
Aku merinduimu,,
Aku menyayangimu,,
Aku tulus mencintaimu,,

Andai kau tahu
Apa isi hatiku
Niatku padamu
Pasti kau kan terharu

Andai kau tahu
Kehadiranmu ujian buatku
Membuat aku terus sabar dengan sikapmu, egomu
Walau sakit yang aku lalu ..
Itulah pergorbananku padamu..

Doaku padamu agar tuhan selalu melindungimu
Menjagamu tiap detik dan waktu
Sbgaimana "dia" menjaga kedua orang tuaku
Begitulah juga mahuku ..


Andai aku tiada disisimu,,
Bangkitlah demi hidupmu,,
Perjuangkanlah cita-citamu
Jangan kecewa dengan apa yang kau temu

Andai aku tiada buatmu,, ingatlah pesanku,,
Jangan kau lupa pada "tuan" mu , Tuhan yg satu
DIA sentiasa ada buatmu..
Menyayangi dan membantumu ..

Sayangggg,,
Kuatkanlah hatimu, teguhkan imanmu,,
Satu mahuku,, pintaku..
Jangan kau ulangi masa lalu,,yg penuh liku
Semoga Tuhan memberkatimu.

 YaTuhanku, Bantulah dia.
Amiinn!! Amiinn!! Yarabbal aalamin.






~TISEYY~

Tafsir Mimpi buruk


Disebabkan saya seringkali dapat mimpi buruk,, haritu saya try lah
search kat gugel pasal tafsir mimpi nie kan
cari2 lah kononnya kot2 jmpa jawapan....
Nak jawapan apa pun x taw lah,, mimpi jea pun..
Adalah terbaca artikel dari Www.fimadani.com
Terrrrrrrbaca eahh bkn nak baca tapi teerrrrbaca..
Disitu dia ada bgtaw pasal larangan menceritakan mimpi buruk
haiishhh!! Baru jaa nak cerita,,, tak jadi nak bercerita dah!!
Takpe,,,,Kita baca kisah kat bawah jelaaa..


Dan Utsman bin Abi Syaibah telah memberitahukan kepada kami, Jarir telah memberitahukan kepada kami, dari Al-A’masy, dari Abu Sufyan, dari Jabir, dia berkata, “Suatu ketika datanglah seorang arab badui menemui Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam sembari berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku bermimpi seolah-olah kepalaku dipukul hingga putus dan menggelinding, lalu aku pun segera mengejarnya.’ Maka Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda kepada orang arab badui itu, ‘Janganlah kamu menceritakan kepada manusia tentang gangguan setan terhadap dirimu di dalam mimpi.” Jabir berkata, “Beberapa waktu setelah itu aku mendengar Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam berkhutbah dan mengatakan, ‘Janganlah salah seorang di antara kalian menceritakan tentang gangguan setan terhadap dirinya di dalam mimpi.”

Al-Maziri mengatakan, “Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam mengetahui bahwa mimpi orang arab badui itu adalah mimpi kosong kemungkinan besar berasal dari wahyu, atau dari sebuah indikasi yang terdapat dalam mimpi orang itu, atau juga dari mimpi buruk orang tersebut yang berasal dari gangguan setan yang membuatnya sedih.”

Beberapa pakar tafsir mimpi di dalam kitab-kitab karangan mereka menafsirkan berkenaan dengan mimpi melihat kepala putus dengan mengatakan,

“Orang yang bermimpi seperti itu merupakan sebuah petunjuk bahwa dia akan kehilangan nikmat yang dia miliki, atau berpisah dengan orang yang lebih tinggi derajatnya daripada dirinya, atau kekuasaannya akan berakhir, dan kondisinya akan berubah di segala sisi kehidupannya. Kecuali jika dialami oleh seorang budak, maka mimpi itu sebuah pertanda dia akan merdeka. Jika dialami oleh orang sakit maka itu sebuah pertanda dia akan sehat. Jika dialami oleh orang yang dililit hutang maka itu sebuah indikasi bahwa hutangnya akan lunas. Jika dialami oleh orang yang belum menunaikan ibadah haji, maka itu sebuah indikasi bahwa dia akan segera menunaikan ibadah haji. Jika yang bermimpi seperti itu orang yang sedang bersedih, maka itu adalah petunjuk bahwa dia akan bergembira. Jika yang bermimpi adalah orang yang sedang ketakutan, maka itu merupakan petunjuk bahwa dia akan aman.”

Wallahu A’lam.






~TISEYY~


Nukilan Nada Pilu


Awan-awan menghitam,
Langit runtuhkan bumi,
Sampai aku tahu kenyataan menyakitkan
Sampai aku tahu bagaimana peritnya,,
Sakitnyaa,, Sakitnya,,
Kenapa bersedih,,,
Mengapa semua menangis,
Padahal aku selalu tersenyum,
Kenapa?? Kenapa??
Usaplah air matamu,
Aku tak ingin ada kesedihan,
Burung sampaikan nada pilu,
Angin terbangkan nada sedih,
Cukup bahagia di harinya,
TUHAN terserah pada-MU,
Aku ikut mahu MU TUHAN,
Andai itu Ketentuan MU ..




~TISEYY~

Kau yang terindah

Kau yang terindah
Tiada ternilai harta,,
segala resah hanya akan hilang
saat kau dipelukanku
Hanya dirimu mampu membuat aku
Terlupa tentang segala duka lara
Saat kau dihatiku,,,
Senyummu mesra
Matamu takkan jauh
Membisik aku rindu
Sungguh aku rinduuuuu...

kau sungguh indah
Tiada ternilai harta,,
segala resah hanya akan hilang
Saat kau dipelukanku




Eah lagu Hafiz lettew!
Adoiiii jiwang betul hatni sorang asyik dgn lagu, lagu, lagu
Dia kata lagu nie buat dia ingat kat seseorang.
asyik dok copy lagu orang marah kat hafiz nanti tak tau lah




~TISEYY~


Kejammnyaa..



Eahhh nak tanya nie korang ada fesbuk tak???
Mesti ada kan,,, mak kite pun ada taw...
hellooooo teknologi canggih okay..
lalalalala....

Korang taw tak yang pasal viral kat fesbuk tu..
Alaaaaa,, yg pasal kucing kena campak tingkat 9 tu
itu betul ke bohong......
Tak kira lah betul ke bohong
andai benar benda tu berlaku...
Hmmmmm... kejamnyaaa...
Sedihnyaaaaaaaaa..... huwaaaaa :'( :'(
.................... japppp.. (amik tisu)


Itu kucing lah.. dia x tahu pape
Cuba bayangkan kita,,,
Orang masukkan kita dalam bag
Pastu campak dari tingkat 9...
Hmmmm, , x sanggup nak bayang..
Subhanallah!!! kesian dia...
orang yang suka kucing mesti menangis
teresak-esak .






~TISEYY~










Sabar dan Redha



Semua org mengharapkan yang terbaik
Begitu juga aku.....Harapan aku hanya satu,,
Aku ingin hidup BAHAGIA
Setiap orang inginkan kebahagiaan,, "No one wants pain",,,
Setiap orang mempunyai sebab dan jawapan...
Apa yang kita mampu buat untuk hidup bahagia?

Kawen????

Bercakap pasal bahagia org mesti akan pikir pasal kawen..,,, tak habis- habis dengan kawen.. jangan pikir bukan-bukan saya bukan nak bercerita pasal kawen,, kawen tuu pasti tapi sebelum kawen perlulah saya mencari keredhaan terlebih dahulu kemudian berkahwin.. hehehe.. Kawan saya ramai yang dah kawen tapi perlu diingat yea kawan2,  kawen tu belum tentu akan menjamin kebahagiaan andai kita lalai akan tanggungjawab dan tidak patuh pada suruhan Allah SWT.. Alhamdulillah! kawan2 saya nampaknya bahagia dan mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. mudah-mudahan inshaallah!

Bahagia itu pilihan!! Pilihan itu ada ditangan....Kita sendiri yang membuat pilihan ,, Kita yang mencorakkannya... Samada kita memilih jalan BAIK atau BURUK .... Pilihan yang akan menentukan siapa kita sekarang dan siapa kita di masa akan datang...Sehinggalah suatu masa pilihan yang kita ada hanyalah menerima ketentuan dariNYA, iaitu takdir.




Bahagia tu bahagia yang macam mana eaa?? Ada orang dia bahagia dengan duit, ada orang dia bahagia dengan kasih sayang, ada orang dia bahagia sebab dia punya segalanya.. Yeaa benar semua orang inginkan hidup yang sempurna.. Bahagia tu bukanlah bererti memiliki semua yang kita cintai,,, tapi bahagia itu mencintai semua yang kita miliki... Apa yang kita miliki, yang kita ada,, apa yang kita punya sekarang ini maka bersyukurlah! Janganlah merungut kenapa orang tu kaya kenapa aku ni tak kaya (itu contoh)... Tuhan dah tentukan semua yang terjadi bersebab.. Jadi,,, Bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan buat kita semua...Jangan pernah mengeluh! Jangan kecewa seandainya hidup kita kurang baik berbanding hidup orang lain, jangan iri hati ... Kadangkala 'kelebihan' yang mereka punya itu belum tentu akan menjamin kebahagiaan diakhirat sana kelak... Renungkanlah bahawa hidup kita di dunia ini hanya sementara dan kelak akan kembali kepada sang pencipta iaitu Allah s.w.t... Jangan sia-siakannya,,,!! 

Antara kelebihan orang bahagia adalah:

Sabar!

Percayalah bahawasanya hidup kita akan bahagia jika kita sabar,,, sabar dengan ujian yang diterima ,, sabar dengan ketentuanNYA...Tetap sabar ketika ditimpa musibah... Allah tidak akan menguji hamba- hambanNYA diluar keterbatasan mereka.. ""Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa); "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkan kami, ampuni kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir;"" (QS AL-BAQARAH, Ayat:286)






Redha!
Andai kita ditimpa musibah, kita perlu redha dan percaya bahawa ada hikmah disebalik musibah yang menimpa, ada sesuatu yang lebih baik yang telah Allah SWT aturkan buat kita semua... Apabila kita redha dan sabar itu adalah kunci ketenangan jiawa dan fizikal kita tenang, inshaAllah bahagia yang akan kita kecapi... InshaAllah dengan iziN Allah SWT...:))

Sekiranya ada kekurangan maafkan saya, chill!!












(Dari seorang kawan)

~TISEYY~








Hidayahmu


Hidayahmu By IPPO HAFIZ

Langit terbentang lapang hatimu
Disaat kau lihat kebesaranNYA
Menanti waktu silih berganti
Disaat kau mengharapkan kasihNYA
Cahaya yg suram terlihat didepan
Saat kau mencari keredhaanNYA........

Kau biarkan masa berlalu
......dan biarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam,,,
......dengan rasa cintaNYA
Hilangkanlah segala resahmu,,
Kuatkanlah pintu hatimu
....agar bisa kau peroleh
HIDAYAH DARI "NYA"

Siapa tengok cite hidayahmu ramadhan?
Sedihkan???? sobsob...
Kenapalah ending dia sedih sangat..
Lagu ippo pun sedih..
memang sesuai sangat lah
Tapi kenapa ending dia perlu bersedih/ berduka
Why? why? aduhhhh...
Jap amik tisu lap hingussss
Nnti nak cipta lagu sedih jgak
Tajuk dia "airmata palsu"
Jangan gelak naaaaa..Kalau tak sedih tak syok pulak kan
Layan jelahhh..
sambung fefeeling jappp ... huwaaaaaaa!!







~TISEYY~




Lirik Lagu Hujan Sepi


Hujan terus turun,,,
Mendengar sayu sepinya hati,,
Menanti kembalinya irama hati,,
Pengubat mimpi,, jiwa terisi..

Sudah puas sudah,,,
Diri dinanti ohhh tidak kembali
Terus mendoakannnya agar dia tetap ingati
disini aku kau menjelma lah

Aku tak bisa untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah disini teruskan menanti


I likeee this song
~by Ippo Hfiz~