Setiap kejadian dijadikan cerita, Dan setiap cerita dijadikan kenangan, Kenangan yang harus diingati, Hidup ini indah jika dihargai By ~ iishasyahira_ey
Cerpen Terima kasih Ayah
Cerpen Pendek: Terima kasih ayah
Aku kecewa!! "Mengapa kali ini aku begitu kecewa.".. Itulah luahan seorang gadis kecil yang berasa kecewa dengan hidupnya...Segalanya kemahuannya dituruti, diberikan malahan dia merupakan anak kesayangan ayahnya, En,Nordin... Apa lagi yang dia inginkan?? Tidak cukupkah dengan segala kemahuan yang telah diberikan.... Hanya kerana satu permintaan ayahnya yang inginkan dia untuk belajar di sebuah sekolah yang jauh dari keluarganya,,,,, dia merasakan bahawa kasih sayang ayahnya telah terbelah bagi, dia menganggap bahawa ayahnya tidak menyayangi dia lagi... Bagi dia yang masih kecil dan tak tahu apa-apa soal kasih dan sayang juga menganggap bahawa permintaan ayahnya itu adalah "besar" dan tidak sanggup terpisah jauh dari keluarganya.... Walhal ayahnya melakukan sedemikian kerana ingin melihat dia berjaya dan hidup berdikari. Setiap malam, tidurnya ditemani air mata menanti detik, waktu, hari ,, mengenangkan nasib yang akan berlaku dalam hidupnya nanti lalu berkata melalui hati kecilnya "Kenapa aku perlu bersedih"..
Kaki melangkah masuk ke sebuah sekolah, dilihat dan diperhatikan oleh anak murid yang lain.. Ada yang memberikan jelingan tajam pada dirinya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dan ada juga yang memberikan senyuman seperti mereka menyambut kedatangannnya.... "Haiiiii,," kedengaran suara dari arah depan.. "Selamat Datang",,, "Boleh perkenalkan diri kamu? "Tanya seorang guru" ... Tanpa berlengah dia perkenalkan diri.... Lalu ditanya lagi dengan soalan lain...."Kenapa pindah kesini?"... Dia hanya tersenyum dan tidak dapat menjawab kerana bagi dia seorang murid yang pindah ke sekolah lain hanya kerana dua sebab iaitu 1.Pertukaran tempat kerja ayah dan 2. Pindah rumah, sedangkan dia tidak mempunyai sebab yang kukuh.. "Kenapa ayah hantar aku kesini?" kenapa cikgu tak tanya ayah kenapa dia hantar aku kesini.
Dua bulan berlalu, dia mula menyesuaikan diri di sekolah baru.. Rakannya ramai dan mereka sangat baik hati... Setiap hari ayahnya menelefon dan bertanyakan keadaan dirinya... Dari situ dia dapat merasakan bahawa ayahnya lebih mengambil berat tentang dirinya.... Setahun kemudian,,, dia ditukarkan ke sekolah lain lagi dan mulai saat itu, dia merasakan dirinya tidak takut lagi dan tidak gentar untuk membawa dirinya untuk pergi jauh, demi mengejar cita-citanya, kerana walau dimana sahaja dia berada, adanya 'family' yang memberikan semangat dan dorongan buat dirinya "Terima kasih YaTuhanku".. Dalam usianya yang masih mentah,, dia telah belajar untuk hidup berdikari, berfikir dengan lebih matang berbanding dengan kawannya yang lain, yang masih kebudak-budakkan. Perangainya yang jauh lebih matang dari usianya.... Dari situ dia sedar, tidak kira dimana sahaja dia berada, keluarganya percaya akan dirinya, dia kuat, dia mampu untuk kuat.. Demi ayah yang tercinta, dia sangup, dia bertahan kerana ayahnya ingin melihat dia berjaya membawa haluan diri dan dari situ juga dia mendapat 'jawapan' dari persoalan yang dia cari... Jawapan yang ada pada dirinya sendiri, "Kenapa ayah hantar aku kesini?"... kerana ingin melihat aku berjaya. Alhamdulillah aku sudah berjaya. Terima kasih ayah! Kakak sayang ayah!
(True story)
~TISEYY~
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.